Info AS: Jet pejuang dijual pada harga RM123,347!




Sebuah jet yang pernah menjadi kebanggaan tentera Amerika Syarikat (AS) semasa Perang Dingin, F-104 'Starfighter' kini ditawarkan untuk dijual pada harga AS$41,274 (RM123,347), lapor sebuah akhbar kelmarin.

Namun, ia akan dijual tanpa enjin oleh firma Jet Art Aviation yang berpangkalan di North Yorkshire, Britain.

Jet itu mula digunakan oleh Tentera Udara AS pada 1958 dan ditempatkan di Jerman Barat semasa kemuncak Perang Dingin dengan Kesatuan Soviet dan sekutu-sekutunya.

Jet itu mempunyai kelajuan 2,224 kilometer sejam dan kos untuk membinanya ialah AS$1.42 juta (RM4.24 juta).

Ia tidak lagi digunakan pada 1987.

Jet itu boleh bergerak setinggi 14,630 meter hanya dalam tempoh seminit. - Agensi

2 comments:

Dot said...

srupo baghe besi bughok jah!!!! lelong1 lelong!
samadlelong kena beli nih!!! hehehe

adieu1999 said...

kalau beli, enjin nak amik katne? xde weapon standard la~ xde enjin? baru jer berangan nak gne tuk balik raya XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...