Koh Tsu Koon. AS Serius Ni! U Hero Basi!

Di sebalik kecaman dari MP Konsensus Bebas seperti DS Zahrin dan Tan Tee Beng serta bekas Naib Presidennya sendiri iaitu Huan Cheng Guan yang meminta KSK berundur, AS lihat ada kebenarannya disitu. KSK sekarang dianggap sebagai liabiliti kepada BN dan bertambah sukar bagi BN untuk merampas kembali P.Pinang dari pakatan Haram sekiranya beliau masih menjadi presiden parti Gerakan.

Usahlah KSK berdendang lagu sedih merayu simpati ungkitkan lagi kisah sepanjang 18 tahun dia menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang mana AS tak nafikan sudah banyak jasa beliau taburkan kepada Pulau Pinang.
Tapi sebagai rakyat P.Pinang, ramai yang mahukan muka baru dan jemu dengan kepimpinan gerakan yang ada sekarang yang dilihat tidak menarik minat mereka untuk mengundi BN.

AS sendiri banyak kali mendengar pemimpin Gerakan P.P ditegur secara terbuka oleh ahli parti akar umbi komponen BN dalam banyak majlis agar pemimpin Gerakan seperti KSK dan Teng Hock Nan (Pengerusi Gerakan P.Pinang) agar segera berundur jika BN mahu menang di P.Pinang. KSK dan THN buatlah apapun, majority rakyat di PP tetap sukar dan terus akan menolak mereka. Ini adalah hakiki.

Alasan yang sering diutarakan adalah masyarakat cina mahukan seorang 'hero' baru yang diharap boleh mewakili kaum mereka yang mana hal ini tak dapat dilihat dari BN. Majority kaum cina sekarang mengangkat 'LGE' sebagai ikon/hero cina P.Pinang.

Hero ini haruslah lebih berkredibility, lantang dan dilihat jujur dalam memperjuangkan kaum cina Pulau Pinang. Hero lama seperti KSK dan THN dilihat sebagai sudah basi dan tidak relevan bagi orang cina. Gerakan atau MCA mesti mencungkil dan menggilap pemimpin muda mereka yang dilihat 'fresh' oleh kaum cina dan dilihat seperti boleh diharap untuk diketengahkan!

Oleh yang demikian, dengan rasa rendah diri dari atas justikasi di atas, AS pohon TS KSK & THN agar terus dapat bersara dalam bidang politik sebagaimana Samy Vellu berundur dari MIC. Sedikit sebanyak amatlah AS harapkan dengan tindakan secara terhormat ini, persepsi positif kaum cina PP terhadap Gerakan pasti akan meningkat.

Percayalah. Kalau perkara ini tidak dilakukan juga percayalah, seteruk mana sekalipun UMNO yang bertanding 15 dari 40 kerusi DUN PP bekerja, impian untuk menawan P.Pinang hanya tinggal angan-angan.

Penafian-artikel ini adalah luahan dari AS sendiri. Tiada kaitan/pengaruh dari mana-mana pemimpin UMNO/BN sekalipun samada di Nibong Tebal @ P.Pinang. SekianG. Harap maklum

3 comments:

Anonymous said...

aku setuju dgn hang AS..
KSK,THN sekali dgn Tan Cheng Liang semua mau rest buang!

Anonymous said...

apa yang didendangkan oleh KSK ialah sejarah lama,bercakap tentang ekonomi yg lalu,kita lihat sekarang, apa KSK buat walaupun menjawat jawatan menteri, gerakan rasanya tenggelam diarus perjuangan politik di PP khususnya dan di Negara amnya. Sedarlah...kalau dah banyak permintaan dan suara2 yg meminta kita berundur....berundur sajalah. Tanpa angin pokok tak kan bergoyang.

Anonymous said...

muka2 not winnable cam dia ni..kena buang..klu tak jgn harap nak menang besar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...