Melayu Wajib Sokong BN Di P.Pinang! Kalau Tak Hancuss..

BARU-BARU ini Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa masyarakat Melayu di negeri itu supaya mengukuhkan sokongan kepada BN agar gabungan Umno, Gerakan, MCA dan MIC negeri itu dapat kembali berkuasa di negeri itu bagi “mempertahankan hak orang Melayu yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sekarang”.

Presidennya, Rahmad Isahak berkata pemimpin Melayu yang berada dalam kerajaan negeri sekarang ini terlalu takut untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

“Terdapat dua orang pemimpin Melayu dalam exco kerajaan negeri tetapi mereka gagal membantu orang Melayu kerana terlalu sibuk bermain politik,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Rahmad berkata bahawa jika BN menang pada pilihan raya umum di negeri itu, orang Melayu akan mempunyai empat exco Melayu termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri.

Katanya ini berdasarkan kepada senarai exco kerajaan BN sebelum ini.

Beliau berharap penduduk Pulau Pinang terutama orang Melayu supaya memikirkan dengan bijak semasa mengundi nanti demi masa depan sosio-ekonomi mereka.

“Setakat ini tiada langsung sumbangan daripada pemimpin Melayu dalam kerajaan pimpinan DAP sekarang untuk memperjuangkan kedudukan Melayu. Ini amat membimbangkan orang Melayu Pulau Pinang,” kata Rahmad.

2 comments:

Anonymous said...

Dulu masa BN Perintah Pulau pinang dan Dato Abd Rashid jadi TKM pun Melayu masih ditipu dan digula-gulakan.Kenapa sekarang baru nak terhegeh minta sokongan ?sebenarnya orang-orang Melayu di P.Pinang sudah lama kena tipu baik dari BN atau PR sekarang ini.Pemimpin dari BN dan PR hanya mencari Kroni sahaja.Bila Bn jadi pemerintah puak PR dok hentam dan kini bila PR memerintah puak BN pakat dok Hentam.Pi mai pi mai tangtu jugak.yang pasti kedua-dua belah pihak yang jadi pemerentah tak akan pandang golongan marhain bila dah ada di atas.Tapi bila nak sokongan bermacam janji di taburkan.Kesimpulannya di sini dua-dua pun PELAQ aje. Sama je pembohongan nya.

Anonymous said...

weh anon 1:44 am...kalo hang tgk masa zmn BN perintah ada ke org melayu merempat,tmpt tggl dirampas?tanah dirampas?tp skang lg teruk sbb kafir2 rasis tu wat lg xtau kt org melayu smpai mcm2 kena rampas...kalo rasa nk tgk penang tu jd mcm singapura,nk rasa melayu singapura jd mcm mana kt tanah tumpah dia sendiri hang pangkah lg la cina bangsat tu...baru la keluarga hang duk merempat merata2...kalo xnak ada kerajaan dan hang rasa semua PELAQ hang pi duk kt utan kawan dgn beruk..angkat diri sendiri jd king of beruk dlm utan tu pastu wat la pe hang suka...kt utan tu xde kerajaan,xde proses pilihanraya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...