Sakan! Azmil Mustapha Hina Perlembagaan & YDP Agong ?

Satu laporan polis dibuat terhadap bekas pelakon terkenal, Azmil Mustapha (gambar), atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ atas beberapa dakwaan termasuk mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan menjatuhkan martabat Yang DiPertuan Agong.

Menurut laporan polis tersebut, Azmil, dikatakan menyampaikan ceramah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang ketika para jemaah sedang bersedia untuk bersolat tarawih di situ, pada 18 Ogos. Laporan itu dipercayai dibuat salah seorang jemaah masjid berkenaan . Antara kandungan ceramah yang dicatat di dalam laporan polis itu adalah seperti berikut: -

- Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam

- Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran
perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.

-Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu
diagungkan hanya Tuhan sahaja.

- Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.

- Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope
Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.

· Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.

· Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

· Apabila ditegur oleh seorang jemaah, Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan
zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka.

Sebelum ini, Azmil yang berhijrah ke Syria mendorongnya untuk kembali ke tanahair ekoran suasana negara itu yang tidak terkawal dan huru-hara. Azmil merupakan bekas pelakon popular tanahair sekitar tahun 80’an pernah membintangi filem Ali Setan, Ali Setan II, Mekanik dan Suara Kekasih, berpasangan dengan pelakon wanita diva terkenal negara, Fauziah Ahmad Daud, atau lebih dikenali sebagai Ogy.

Beliau kemudian bersara dari dunia hiburan tanahair dan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam. Azmil walaubagaimanapun menafikan dakwaan yang dibuat melalui satu laporan polis bahawa beliau telah menyampaikan ceramah yang bersifat menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong.

6 comments:

Anonymous said...

dia ni org PAS ke? Apa yg dia frust sgt tu? Tak kisah lah nak kata apa pun, ni kan bulan yg mulia, tu pun dia tak dapat beza? Apa punya org yg berjangut ni. Tak faham2 org dakwah ni...

Anonymous said...

inilah manusia..bila dah rasa diri tu "lbh islam" dr org lain main ikut hati ja nak ckp...brengset btoi....bukan nak ke arah kebaikan..tp lg nampak kejahilan pulak...zmn depa dok terkinja2 dulu tak kenang pulak...bila allah dah bg hidayah sikit lupa diri....bukan nak bersyukur...aku rasa hidup dan jiwa depa lebih sesat dr zmn zmn depa terkinja2 dulu....brengsettttt

Dot said...

laaa...ingatkan dia ni betul2 dah insaf!? masih bersikap bongkak & diri sendiri sj yg betul?

jgnla termakan hasutan syaitan(? sbb bulan posa iblis & setan ditambat!) dgn menganggap apa yg pihak kerajaan buat salah belaka!

kalau aznil ni menghina segala perkara mengenai kedudukan Agong & sebagainya, nyah dia dari bumi ini krn kita semua hidup aman damai dgn perlembagaan kita selama ini.

dia pernah ke syria & lari pulang krn kekacauan yg berlaku. jika dia cuba berlagak bijak & tercetus kekacauan hasil 'kebijaksanaan' dia, dia nak lari ke mana? singkat sungguh pemikirannya!

kalaulah dia dapat dirikan sekolah2 agama yg lebih baik & dapat membuktikan sistem pendidikan yg dia buat sempurna serta semua anakdidik dia berjaya dlm segala bidang, barulah dia boleh mendabik dada! itupun, kalau orang yg alim, mrk takkan membesarkan diri negitu rupa. cukuplah Allah menjadi saksi mrk!!

api betul!!

Anonymous said...

aku nak tanya satu ja kat hangpa semua.. adakah apa yang dikatakan azmil itu salah??? adakah menegur pemerintah kerana menggunapakai sistem kafir barat dan tidak menggunakan sistem al quran dan as sunnah itu satu perbuatan yang keji??? adakah apabila seseorang menyeru kita supaya mengagongkan allah melebihi daripada segala galanya termasuk daripada pemimpin itu satu perbuatan yang salah?kita campak sat bab politik...kita renung kata2 azmil...

Admin said...

pandai media putar belit kenyataan. dia cakap jgn agungkan sultan, sebab kene agungkan Allah swt, tuhan kita. betul ke salah?

memang kena hormat DYMM, tapi jangan diagungkan. anggap sebagai ketua negara sahajalah. bukannya utusan Allah. Allah yang perlu diagungkan.

dia cakap kita guna acuan kafir. betul salah? beb. fikir la. kita gune common law. 100% undang2 dari britain. kemudian sket2 ubah. mana

siyesly aku malu dgn org2 yang putar belit kenyataan. alang2 bodoh, jd makin bodoh

Anonymous said...

Muda2 bergelumang dosa...bila dah tua, taubat kononnya kejenya menghina pulak di sini sana. Konon dah tinggi sgt la darjat.Bukankah dulu dia juga termasuk dalam golongan bangang bodoh dan jahil itu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...