Showing posts with label sultan. Show all posts
Showing posts with label sultan. Show all posts

Update. VIDEO Penyokong Indon Berang Membakar Kaunter Tiket. Dah Kalah nak Bakar Apa Pula?

Gara-gara tiket final habis,kaunter tiket di stadium Gelora Bung Karno DIBAKAR!!
Apa punya perangai la puak-puak ni!

UPDATE! Apa pulak nak dibakar ye?

Kecewa kerana tidak mendapatkan tiket pada perlawanan final antara Indonesia vs Malaysia,para penyokong bola sepak Indonesia berang terus membakar kaunter tiket stadium bung karno jakarta sehingga hangus terbakar,kemalangan berlaku petang semalam dan tidak membabitkan kemalangan jiwa dan tiada tangkapan dibuat oleh polisi.

Edisi Ngeri: Jorge Lorenzo (Moto GP) putus jari selepas kemalangan di Melbourne.


Penunggang Yamaha, Jorge Lorenzo yang merupakan juara dunia Moto GP 2010 telah kehilangan sebahagian dari jari tangan kirinya semasa sesi pemanas badan Philip Island Moto GP.

Dipercayai angin kuat merupakan faktor penyebab Lorenzo terlibat dalam kemalangan semasa motornya berada dalam kelajuan tinggi di Turn 12.

Sakan! Azmil Mustapha Hina Perlembagaan & YDP Agong ?

Satu laporan polis dibuat terhadap bekas pelakon terkenal, Azmil Mustapha (gambar), atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ atas beberapa dakwaan termasuk mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan menjatuhkan martabat Yang DiPertuan Agong.

Menurut laporan polis tersebut, Azmil, dikatakan menyampaikan ceramah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang ketika para jemaah sedang bersedia untuk bersolat tarawih di situ, pada 18 Ogos. Laporan itu dipercayai dibuat salah seorang jemaah masjid berkenaan . Antara kandungan ceramah yang dicatat di dalam laporan polis itu adalah seperti berikut: -

- Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam

- Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran
perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.

-Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu
diagungkan hanya Tuhan sahaja.

- Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.

- Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope
Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.

· Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.

· Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

· Apabila ditegur oleh seorang jemaah, Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan
zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka.

Sebelum ini, Azmil yang berhijrah ke Syria mendorongnya untuk kembali ke tanahair ekoran suasana negara itu yang tidak terkawal dan huru-hara. Azmil merupakan bekas pelakon popular tanahair sekitar tahun 80’an pernah membintangi filem Ali Setan, Ali Setan II, Mekanik dan Suara Kekasih, berpasangan dengan pelakon wanita diva terkenal negara, Fauziah Ahmad Daud, atau lebih dikenali sebagai Ogy.

Beliau kemudian bersara dari dunia hiburan tanahair dan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam. Azmil walaubagaimanapun menafikan dakwaan yang dibuat melalui satu laporan polis bahawa beliau telah menyampaikan ceramah yang bersifat menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...