Syabas Malaysia.. Aku Berbangga Denganmu..

Pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Emir Firdaus Hasan mencipta kejutan apabila mengungguli kategori 4 hour Perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance Road Race 'Coca Cola Zero' di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun.

Pelumba negara itu yang beraksi buat pertama kali pada perlumbaan selama empat jam itu, mencatat masa 4 jam 1 minit 38.151s sepanjang 99 pusingan. Sementara itu pasukan Business Rariat & TSR, Kajuhiro Kojima dan Taiki Sato di tempat kedua dengan 4:01'46.340s, manakala tempat ketiga menjadi milik Shotaro Ogura dan Akihide Sato dari SP Tado Racing Team dengan 4:02'04.263s.

"Selepas berminggu-minggu melakukan persiapan akhirnya kami berjaya memenangi perlumbaan hari ini, saya cukup gembira. Saya turut berbangga menjadi anak Malaysia pertama menyertai dan memenangi perlumbaan tradisi seperti ini," kata Azlan kepada pihak media.

Pelumba SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Petronas itu turut menambah: " Kami datang ke Suzuka tanpa sebarang pengalaman beraksi dalam endurance race. Walau bagaimanapun, kami tetap mahu menang dan kami sentiasa memberikan yang terbaik.

"Perlumbaan ini amat mencabar. Kami terpaksa bersaing dengan ramai pelumba handalan Jepun," katanya.
Sementara itu, Emir berkata, segala yang mereka rancangkan pada perlumbaan itu berjalan dengan baik.

"Ketika kami mula-mula melakukan latihan sebagai persediaan menyertai kategori '4 hours' ini, saya rasakan ia cukup sukar ekoran kekurangan stamina.

"Tetapi sekarang ia berbeza. Bukan sahaja saya berjaya meningkatkan kecergasan fizikal tetapi saya lebih yakin mengendali- kan jentera Honda CBR600RR."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...