KLIA Nombor 4 best In The World!! Pakatan Haram Tak Guna Sesenpun!

AS ucapkan tahniah kepada Tun M yang mempunyai idea menarik dan berfikiran jauh ke hadapan didalam merealisasikan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. Begitu juga kredit kepada pihak pengurusan KLIA yang berkhidmat dengan cukup cemerlang menaikkan imej negara melalui pengurusan lapangan terbang yang cukup baik sekali.
Pihak pembangkang pernah menentang keras pembinaan KLIA ini suatu masa dahulu kerana mereka berpendapat Airport Subang sudah cukup baik.

Begitulah juga dengan pembinaan Putrajaya, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projek mega yang dikritik keras oleh puak pembangkang sekarang semua mereka terpaksa menjilat ludah sendiri apabila semuanya mengecapi kejayaan dan kegunaan penting yang tersendiri.
Puak pakatan memang tak guna seduitpun, hanya tau menyalak kritik kerajaan, walhal mereka tak buat satu apapun untuk menaikkan nama negara!


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpilih di tempat keempat dalam kategori 10 Teratas Lapangan Terbang Seluruh Dunia Terbaik SmartTravelAsia.com 2011 dalam undian pengembaraan, naik setakuk daripada tahun lepas.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad berkata syarikat memberikan penekanan utama kepada meningkatkan secara berterusan kepuasan penumpang di lapangan terbangnya, khususnya KLIA, menerusi peningkatan perkhidmatan dan kemudahan.

"Apa yang membuatkannya lebih bermakna ialah responden dari Asia menguasai lebih 50 peratus daripada jumlah responden, yang sekali gus menunjukkan kehadiran kukuh KLIA dalam sektor ini dan seterusnya memberi cabaran kepada lapangan terbang popular yang lain di Asia," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Smart Travel Asia, satu-satunya majalah pengembaraan di rantau ini dan mempunyai lebih satu juta pembaca seluruh dunia. - BERNAMA

Ranking-ranking lain seperti syarikat penerbangan dan hotel yang melibatkan Malaysia juga boleh dilihat di http://smarttravelasia.com/travelpoll.htm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...