Najib Pi Australia Semasa Cuti Merdeka & Aidilfitri Bukan Untuk Bercuti Wahai Pakatan Haram Oi!

Malaysiakini haram jadah dan puak pakatan sekali lagi cuba jadi batu api dengan menuduh dan memfitnah PM kononnya bercuti di luar negaraketika negara meraikan perayaan berkembar iaitu Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu kerana berada di Australia.

Najib kononnya menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara kerana bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan.

Pembantu khas DS Najib sendiri telah menjelaskan Najib berada di Perth bukan untuk tujuan bercuti, sebaliknya mengambil kesempatan sempena cuti perayaan untuk menjalani terapi sukan ekoran pembedahan lututnya baru-baru ini.

PM mengambil cuti pendek sementelah tiada sambutan Hari Kebangsaan rasmi pada 31 Ogos yang lalu dan kebanyakan rakyat sedang bercuti perayaan bagi menjalani terapi intensif di Australia yang terkenal dengan rawatan terapi sukan terbaik,“Perdana Menteri menjalani program pemulihan terapi itu setiap hari di Perth, Australia,” katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Pembangkang memang sentiasa buruk sangka ! Hasad dengki..dendam kesumat ..busuk hati bersarang dlm diri mereka.

Anonymous said...

aku pun hairan, apa salahnya hendak bercuti sedangkan ini masa yang sesuai untuk beliau, sedangkan hari sambutan kemerdekaan pada 16 sept ..

Anonymous said...

bercuti tidak salah.
nak buat fisiotherapy kat aussie?
bagaimana dgn dasar kerajaan belilah barangan buatan malaysia?
dan apakah tenaga pakar fisiotherapy malaysia tidak terbaik di dunia?
Tun Mahathir percaya kepada tenaga pakar bedah tempatan dan menjalani pembedahan pintasan koronari jantung di IJN!
ini kan setakat fisiotherapy?
mana pergi semangat patriotik percaya dgn kepakaran anak tempatan wahai DSNajib?

Anonymous said...

anon 9.51, tanya anwar ibrahim dulu sebelum nk prsoal najib!

Jimmy Hillhead said...

Saudara,

Clinic yg terletak diPerth, Western Australia, yg dikunjungi oleh PM adalah amat terkenal merawat ahli sukan yang ternama.

Adakah anda ingat kes Rooney, pemain bola Man U yg tercedera suatu masa dahulu. Ia dibedah dan dirawat oleh pakar dari clinic yg sama.

Pakar tersebut memang teramat terkenal dibidang ini termasuk pesakit boleh sembuh cepat. Oleh itu PM mendapatkan rawatan for speedy recovery.

Sekian untuk makluman.

Thanks.

Jimmy Hillhead
Freemantle, Western Australia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...