Pakatan Haram Nibong Tebal Yang Biadap Pada Jalur Gemilang (Pics)

Gambar yang AS perolehi semalam dari rakan di Sungai Bakap menceritakan segalanya. Dewan yang berada di Kampung Permatang Ara ini yang dulunya dibawah pengurusan UMNO yang mana berdirinya bangunan itu adalah hasil titik peluh para pemimpin UMNO setempat.

Namun tsunami politik PRU12 menyaksikan Dewan ini bertukar milik dan terpaksa diserahkan kepada Pakatan Rakyat apabila Pejabat Daerah SPS mengarahkan untuk berbuat demikian.

Pertama AS nak bangkitkan disini, dewan ini dulu meriah dengan pelbagai program untuk masyarakat kampung, sekarang dewan ini jadi dewan berhantu. Penggunaannya amat jarang sekali. Pakatan haram di bawah ADUN Sungai Bakap YB Mokhtar dilihat tidak mengambil berat dan kepentingan dewan ini kepada penduduk kampung. Sungguh mendukacitakan sekali.
Inilah bahananya memilih orang yang tak pandai mentadbir. Penyerahan bantuan hari raya kepada fakir miskin dan anak yatim yang diadakan saban tahun oleh UMNO sejak 15 tahun lalu didewan tersebut, kini semuanya tiada lagi.

Kemelut Pengerusi JKKKN Sungai Bakap Selatan menyaksikan sejak 3 tahun mereka memerintah menyaksikan sudah 5 orang Pengerusi sudah bertukar ganti.
Masing-masing ada sahaja ketidak puas hatian mereka yang menyebabkan mereka melepaskan jawatan sehinggalah baru-baru ini mereka terpaksa melantik orang muda yang berumur 30 tahun yang masih hingusan untuk menjadi Pengerusi JKKK(Negeri) kerana dah tiada siapa yang sudi dengan jawatan itu.

2 gambar diatas menunjukkan 3 jalur gemilang yang keadaanya tersangat lusuh dan tidak ditukar ganti. Langsung mereka tak peka dan sensitif dengan keadaan ini. Duit urus pasar malam yang setiap minggu ribuan ringgit mana pi? Takkan nak tukar bendera 3 helai pun dah sengkek sangat Inilah akibat bagi kuasa kepada orang yang tak reti untuk mentadbir. Sungguh memalukan sekali bagi orang yang lalu-lalang di jalan tersebut.
Bertentangan dengan dewan tersebut, UMNO Bahagian Nibong Tebal memacakkan papan tanda UMNO Cawangan sebagai makluman kepada rakyat bahawa kawasan tersebut di bawah UMNO cawngan mana. Walaupun hanya papantanda, kepekaan pimpinan UMNO cwangan tersebut terhadap semangat menyambut hari kemerdekaan jelas terselah. Jalur gemilang yang bersih berkibaran megah di papan tanda tersebut. Kalau nak harapkan pakatan haram, sungguh mendukacitakan sekali.
Lokasi dewan dan papantanda UMNO Cawangan tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

puak pas nak bangga dengan jalur gemilang huh minta maaf, kalu bendera bulat putih, gambar roket dan merah lambang sabit tu aku percaya depa akan pasang keliling rumah dan bangunan.

Anonymous said...

puak pas nak bangga dengan jalur gemilang huh minta maaf, kalu bendera bulat putih, gambar roket dan merah lambang sabit tu aku percaya depa akan pasang keliling rumah dan bangunan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...