Najib Akan Berdebat Dengan Anwar Pada 3 November Ini?
Program Debat Anwar dan Najib di Universiti Malaya?
KUALA LUMPUR - Akademi Pak Sako menawarkan diri untuk bertindak sebagai Penganjur jika benar mahu merealisasi Program Debat Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.
Ini disahkan oleh Jurucakap Akademi Penulisan tersebut, Hilman Idham yang mendakwa debat sedemikian bakal membuka minda rakyat Malaysia agar dapat menilai keadaan ekonomi semasa.
“Justeru Akademi Pak Sako bersedia untuk menjadi penganjur kepada Debat Belanjawan Negara 2012; di antara YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” kata Hilman dalam satu kenyataan media.
Sekiranya kedua-dua tokoh itu bersetuju, debat berkenaan akan ditetapkan pada hari Khamis, 3 November pada jam 9 malam dan bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
“Kami berharap kedua-dua tokoh ini bersedia untuk menerima undangan debat daripada pihak kami. Semoga debat ini berlangsung dengan baik dan berhemah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat,” ujar Hilman.
Ketua Pembangkang sebelum ini telah mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyertai Debat secara terbuka berkenaan soal Ekonomi dan Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini.- KLpos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Buat kerja dan tunjukkan bukti dahulu baru nak bertekak. Yang nak jadi penganjur tu pehal? nak jadi batu api ke? Banyak lagi urusan yang boleh dibuat daripada bertekak. Parlimen dah anda untuk dua orang ini bertembung. Apa guna kita sebagai rakyat memilih mereka?
ni yang jadi masalah, bila ada ngo atau pihak bukan kerajaan nak anjur debat kata batu api la dsb..apa salah nya ini kita jadikan subur budaya ilmu dan budaya rakyat menilai,,,takkkan takut kot bingai nangang,, kata tak takut kat anwar, nanti anwar demamla , dan mcm2..ke sapa yang minta batal sapina yang takut..he he he ,, sendiri mau ingat..
Post a Comment