Guan Eng Mesti Pecat Wei Aik Yang Melampau!
Ng Wei Aik ni bernikah pun belum lagi kalau hangpa nak tau! bila ayaq naik kepala, tu pasal jadi macam ni,
Jenis bangsat tak sedar diri asyik nak pandang rendah pada kaum lain saja kerjanya. dia rasakan seolah-olah dialah yang paling mulia dalam Penang ni.
Guan Eng mesti pecat si celaka ni dari jadi setiausaha Ketua Menteri.
Bukannya nak menolong orang dalam kesusahan, dia menghina lagi mangsa tu! DAP memang tak layak mentadbir negeri P.Pinang atas sifat racistnya yang terlalu tebal! Itu yang depa tunjuk, yang depa simpan kita tak tau lagi!
Hanya kerana bersuamikan seorang warga asing, Sarimah Packeer Mohd., 43, dan Fatimah Sharmin Abdullah, 30, dihina sebagai pengkhianat negara oleh seorang wakil rakyat dari DAP.
Menurut Sarimah, kata-kata kesat tersebut dilemparkan ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik meninjau serta menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran sederet rumah kedai termasuk premis milik mereka di Jalan Gurdwara di sini, kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Katanya, tuduhan ADUN berkenaan nyata amat mengguris perasaannya.
Jelas Sarimah, dia sedih dihina sedemikian kerana perkahwinan dengan suaminya, seorang warga Bangladesh kira-kira 15 tahun lalu mengikut undang-undang.
"Kenapa saya digelar pengkhianat negara? Adakah saya seorang komunis?
"Jika saya berkahwin dengan warga asing, itu hak saya. Suami saya ada dokumen perjalanan sah dan perkahwinan kami mengikut undang-undang," katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran di sini malam tadi.
Awal tahun ini, Wei Aik mencetuskan kontroversi semasa mengetuai 'operasi merampas barang' di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum yang disifatkan sebagai biadab dan tidak ubah seperti mafia.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu juga didakwa mengeluarkan ungkapan berunsur perkauman, iaitu 'tutup kedai, balik India' terhadap pekerja restoran berkenaan.
Sarimah menambah, dia dan Fatimah Sharmin tidak diberikan bantuan oleh Wei Aik kerana para pekerja mereka yang tinggal di bahagian belakang kedai tersebut dituduh sebagai punca berlaku kebakaran.
Ujar Sarimah lagi, dia kesal dituduh sedemikian kerana ia dibuat berdasarkan persepsi negatif tanpa bukti kukuh.
"Kami rakyat Pulau Pinang, sudah tentulah kami mengharapkan kerajaan negeri bantu tetapi ini yang kami dapat daripada mereka," katanya yang berniaga barangan lusuh di situ sejak lebih lima tahun lalu.
Fatimah Sharmin pula memberitahu, dia tidak tahu kenapa wakil rakyat tersebut membuat tuduhan liar sedemikian.
"Takkan kami begitu bodoh mahu membakar kedai sendiri? Kami berniaga ikut peraturan dan mematuhi syarat ditetapkan.
"Sebagai wakil kerajaan negeri, dia (Wei Aik) sepatutnya bersikap profesional. Dia kena periksa punca kebakaran, jangan suka-suka buat tuduhan," jelasnya.
Dia juga kesal kesal kerana Wei Aik menghalau suaminya dari lokasi kebakaran dan mengugut mereka berdua keluar dari negara ini.
Berikutan kecewa dan marah dengan apa yang berlaku, kedua-dua mereka membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini kira-kira pukul 10 malam tadi.
Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Tong Keong yang ditemui di lokasi kebakaran berkata, seseorang wakil rakyat perlu menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan bersikap adil.
"Kebakaran adalah kemalangan, bukan perkara suka-suka.
"Dia juga perlu bertanggungjawab, tidak boleh tuduh orang lain sebagai pengkhianat negara," ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment