Alo..Ada Sapa Nampak Waja Ketua Srikundi PKR Berotak Udang Ni?

pic hiasan

Kereta milik Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aisyah Shikh Ismail hilang dipercayai dicuri awal pagi ini.

Kereta jenis Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJS 7349 itu disedari hilang jam 7 pagi ini setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.

"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi tadi.

"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di Tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," jelasnya.

Ekoran itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.

"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.

"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kerete tersebut," katanya yang tidak mahu menuduh sesiapa.

Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, kenapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan ia hampir dengan balai polis.

Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.

"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.-Haprakdaily

A.S nak kata, apa punya DOL la minah ni!

Dah tahu ada dokumen penting yang sulit dan tak boleh didedahkan,kenapa simpan di dalam kereta. Simpan di dalam kereta bukan tempat yang selamat.

Alarm berkualiti tinggi macamanapun bukan satu jaminan si penyamun tak boleh buka tanpa bunyi. Jangan tunjuk bodoh dengan jadikan kawasan tu berhampiran balai polis sebagai kawasan bebas jenayah.
Dah hilang kena curi tu redha je lah. Anggap takdak rezki.
Jangan duk tuding sana-sini nak cari salah orang lain.

Kalau tuding UMNO punya kerja memang budak ni 'pandai'! Hehehe

3 comments:

Bingai @ Bangang said...

Mana ada?
Bukan UMNO yang curi lah, bro. Ini mesti kerja pencuri yang diupah oleh UMNO. hehehehe.....
kepada pencuri yang dapat dokumen tu, jangan dedahkan maklumat tersebut! tak baik tau. mintak jer pampasan dari tuanpunya. kalau tuanpunya tak nak bayar, LELONG JER kat internet. sure laku, bro. kah kahkah

Anonymous said...

pegawai polis punya kereta pun boleh hilang , inikan pula kereta Asiyah !

kereta , kalau dah nak dicuri , tak kira siapa , akan dicuri juga , alarm canggih manapun aka ada cara utk mematikanya ,

pada kes ni , boleh dilakukan oleh siapa saja , samada mekanik yg diupah oleh DAP , atau diupah oleh PKR atau musuh individu!

hanya orang pembangkang yang kenal dan tahu mana satu kereta Aisyah , hanya orang pembangkang yg tahu dalam kereta itu ada banyak dokumen parti !!
saya lebih berat menduduh ini kerja orang2 dari pembangkang sendiri !!

Anonymous said...

setahu sy la, sekecil dan seringan dokumen pun kalau dah penting pasti akan di bawa masuk ke dalam rumah untuk di jaga/simpan, err kad pengenalan tu di kira dokumen penting jugakan.kene pulak kereta jenis letak luar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...