Mantop! Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia Pula! Bagus Gomen Ni Bantu Rakyat!


Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapat sambutan menggalakkan, kini Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) pula akan dibuka pada Jumaat depan di Plaza Centrum, Setiawangsa. Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) tersebut akan memasarkan pelbagai jenis ikan segar dengan harga 30 hingga 40 peratus lebih murah daripada pasaran.

Bagi membantu golongan berpendapatan rendah KIR1M akan memperuntukkan lima jenis ikan di bawah kategori ikan 1Malaysia iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lila Ruzaini Mohd. Hussain berkata, pihaknya memberi jaminan kelima-lima jenis ikan di bawah kategori 1Malaysia tersebut dijual pada harga lebih murah.

”Sebagai contoh ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM7 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 sekilogram.”Walaupun ikan kami murah, tetapi kualitinya tetap dijamin segar agar pelanggan tidak berasa tertipu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

KIR1M akan dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 10 malam. Menurut Lila Ruzaini, kesemua jenis ikan yang dijual di diperoleh terus daripada nelayan di Hutan Melintang, Perak. Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan membuka lebih banyak cawangan KIR1M terutama di sekitar Lembah Klang bagi membantu orang ramai. Tambah beliau, selain menjual ikan kedai tersebut juga menjual produk-produk runcit 1Malaysia seperti yang terdapat di KR1M bagi memudahkan orang ramai berbelanja.-utusan

Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Restoran Menu Rakyat 1Malaysia sekarang ini akan dibuka pula Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia. nampaknya tambah satu pilihan kepada rakyat Malaysia yang nak beli ikan lepas ini. Banyak juga produk 1Malaysia. Tidak kisahlah, asalkan niat nak bantu rakyat. A.S sokong.

Selagi ikan-ikan di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ini :
* ikannya fresh & berkualiti

* harga berpatutan
* kedai seperti ini dibuka kepada semua kawasan di seluruh Malaysia, bukannya kawasan-kawawan yang boleh menguntungkan peniaga sahaja

* mampu menstabilkan harga-harga ikan di Malaysia
* A.S sokong 100%.

4 comments:

Anonymous said...

apalagi lepas ni kedai ayam 1 malaysia pulak laa...

CUPING MERAH said...

kah kah kah..makan ikan busuk la korang...

GotYou! said...

Bodoh cuping merah ni. Blom sempat busuk dah abis la woi! Kalau dah jiwa pendengki tu pendengki la juga.

anak jati johor said...

Bodoh betul Cuping Merah....nie laa yng dinamakan perosak bangsa melayu...ada aje nak dengki...bengong punya orang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...