Pendedahan Berani Mati Keri. (video baru)



Tajuk Mau Gempak!

Dalam isu ni A.S salute sama Khairy yang very outspoken dalam menepis fitnah-fitnah pembangkang dengan fakta yang sangat reliable. Isu beli kondo mewah tu sebenarnya mudah sangat ditepis.

Mana pak pi menteri lain?

Ramai-ramai pakat hentam la balik puak pakatan haram tu especially Saipudin Nasution yang memang kita ketahui hatinya sangat hitam dimana kerjanya hanya tahu memfitnah sahaja!

1 comment:

Anonymous said...

Sangat menghairankan.... kenapa KJ yang terlalu sibuk menjawab. Apa kaitan lembu feedlot dengan dia? Kalau bercakap bagi pihak kerajaan, maka persoalan kenapa pinjaman telah lulus dikeluarkan sehingga 70%(RM181 juta dari RM250 juta) sedangkan projek itu nyata tergendala. Dan telah dikurangkan hasil pengeluarannya dari 60,000 ekor ke 8,000 ekor sahaja setahun. Ini bermakna pencapaian hasil hanya sekitar 13% sahaja dari perancangan awal. Meluluskan pengeluaran pinjaman yang berlebihan sehingga dana dilencongkan untuk pelaburan yang berbeza merupakan suatu pengkhianatan kepada negara dan rakyat Malaysia secara khususnya. Tujuan diberi projek dan pinjaman adalah untuk membantu negara dan rakyat dalam menangani permasalahan bekalan makanan negara yang penting. Sepatutnya pinjaman yang diluluskan pengeluarannya harus bergantung kepada jumlah kerja-kerja yang telah disiapkan atau sedang dilakukan mengikut peratusan sementara menunggu hasil yang bakal diraih oleh pengusaha apabila projek siap kelak, jika tergendala dalam projek, sebenarnya wang kerajaan tidak harus dikeluarkan dan diguna untuk tujuan yang lain. Sebaiknya kerajaan menggunakan dana tersebut untuk membiayai lain-lain projek penting yang ada, demi untuk kesejahteraan rakyat, bukan untuk kesejahteraan syarikat NFC. Rakyat harus didahulukan. Pinjaman dari kerajaan berbeza dari pinjaman dari bank swasta, yang mana nilai faedahnya amat rendah serta terdapat insentif tertentu yang diberikan untuk membantu pengusaha melaksanakan projek yang membawa kepentingan kepada negara dan rakyat. Negara dan rakyat lebih berminat untuk meraih hasil dari siapnya projek tersebut dimana hasilnya dapat meringankan negara dan rakyat dalam menangani masalah perbekalan makanan negara. Oleh itu menggunakan dana yang diperuntukan untuk tujuan yang berbeza adalah suatu pengkhianatan.

Dan sekiranya KJ berminat untuk bersuara bagi pihak NFC, maka sewajarnya dia memohon kerja disana. Adalah tidak wajar bagi dia untuk berkata sesuatu yang bukan hak baginya. Dikhuatiri akan memberi fakta yang salah dan mengelirukan kerana dia bukannya pemilik, rakan kongsi atau pekerja NFC.

Yang sebenarnya wajib bangkit menjawab segala persoalan ini adalah pihak NFC sendiri. Dengan memberikan data yang jelas dan sahih kepada kerajaan sebagai pemberi projek dan pinjaman dan juga secara terus dan telus kepada rakyat jelata kerana dana yang digunakan adalah milik negara dari kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Ini penting untuk menangkis dari menjadi isu politik seperti yang terjadi sekarang ini.

Kenapa dibiarkan kerajaan dan pemimpin menanggung beban? Apabila rakyat melihat ianya merupakan bebanan kepada pemimpin yang ada sekarang, maka kemungkinan rakyat akan bertindak menolak pimpinan yang ada sekarang kerana beban yang dibawa mereka sebenarnya adalah bebanan untuk rakyat dan negara juga.

yang benar

cikgu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...