Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan semalam mengaku bersalah kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu.
Pengakuan itu dibuat Salim, 51, dan Nur Diayana, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan semula terhadap mereka.
Ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 19 April lalu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Salim yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat gelisah manakala Nur Diayana yang memakai jubah hijau menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan tersebut di kandang tertuduh.
Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.
Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi pada 16 April lalu di bilik bernombor 224 sebuah hotel di Batu Feringghi.
A.S: Apo crita ni? Hari tu kata nikah dah? Hari ni mengaku khalwat pulak?
Hang memalukan imej pegawai tinggi kerajaan betul la!
Dengan perlakuan hang ni, kerajaan BN juga yang dapat tempias buruknya perlakuan hang tu!
JPA sila ambil tindakan sekeras-kerasnya kepada mamat ni sekiranya dia didapati bersalah!
1 comment:
salam Bro...
aku salute dengan Datuk salim Parlan berani mengaku salah..tak macam si sabu bilik 121..
aku tau Datuk Salim tak nak panjangkan kes kerana beliau belum mendaftarkan perkahwinan di Thailand dengan Jabatan Islam di Malaysia semasa ditangkap...besalah org laki yang nak berpoligami...(elok dari balun china dolllll)hahahaha!!
Dari segi hukum syarak Perkahwinan mereka Sah cuma dari segi undang Syariah Malaysia mereka tetap melakukan kesalahan...tetapi apa yang datuk salim lakukan wajar jika dibandingkan dengan si lelaki yang balun china doll..itu zina namanya...
Post a Comment