Sebab A.S perhatikan ramai sangat duk gila dengan filem ni, kali ni A.S bawakan perihal filem ni untuk dikongsi bersama.
Sori, A.S pun tak layan filem macam ni..
1. TRIVIA: Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur. Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam.
2. Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah. Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek.
3. Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.
4. Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3.
5. Bantal kecil di atas sofa ada dua sisi. Satu sisi hitam dan satu lagi sisi warna seakan emas. Selepas Haris lepaskan pelukan, korang akan perasan yang bahagian hitam bantal menghadap ke hadapan. Tetapi, syot seterusnya, semasa Izzah duduk di bawah, korang akan perasan sisi warna seakan emas menghadap ke hadapan, sebelum syot seterusnya menunjukkan sisi hitam kembali menghadap ke hadapan kembali.
6. Seorang hamba Allah muncul sedang sujud bersolat di tepi (saf hadapan) secara tiba tiba lepas tukar syot. Lihat di tepi skrin selepas syot bertukar.
7. Semasa Haris baringkan Izzah, rambut yang berada di bahunya tidak jatuh ke belakang. Tukar syot, rambutnya berada di belakang badannya secara tiba tiba.
8. Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot.
9. Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah.
10. Air pasang muncul tiba tiba sedangkan semasa Izzah bersembunyi di bali batu, kawasan tersebut masih belum dinaiki air.
11. Rambut Izzah di bahu kirinya yang berada di atas bahunya berada di belakang tiba tiba selepas tukar syot.
12. Mail dayung botnya meninggalkan rumah lama Izzah. Namun, syot seterusnya, kita akan lihat rumah Izzah tiada pun di belakang Mail walaupun dia tak sampai beberapa meter meninggalkan kawasan tersebut. Yang hanya ada, tebing lumpur berselut.
13. Malah, tebing yang berlumpur dalam syot Mail hilang dalam syot Izzah. Dalam syot Izzah, tebing sungai ada air.
14. Semasa jam tangan Izzah jatuh dalam air, korang akan perasan yang tali di depan sampan muncul dan hilang di antara syot.
15. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa adegan Mak Jah dan Izzah di tangga, korang akan perasan yang Mak Jah menyebut ‘Kita sebagai hambanya’ tanpa menggerakkan mulutnya.
16. Semasa Izzah bangun, korang akan perasan yang cermin belakang Izzah gelap. Namun, semasa Mila datang, korang akan lihat cermin belakang cerah, menampakkan bangunan di luarnya. Malah, belang belang di cermin kejap ada kejap xda between syot.
17. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap ‘I dan Haris tak ada apa2 hubungan’, ucapannya tak sama dengan bibirnya.
18. Dalam satu adegan sebelum kereta Haris kemalangan, kereta Izzah melalui satu jalan yang di kanannya adalah bukit. Namun, syot jauh menunjukkan di kanannya ada ladang teh. Syot seterusnya kembali menunjukkan jalan tepi bukit tersebut.
19. Semasa Izzah meluru ke kereta Haris yang terjunam, sebuah keluarga yang entah datang dari mana siap dengan anak kecilnya datang meluru sekali. Apa yang kita tahu, kawasan ini adalah cerun bukit dan tiada siapa di kawasan tersebut melainkan Haris, Izzah dan pemandu lori. Or, mungkinkah pemandu lori tu sebenarnya bawa anak bininya bersiar siar dengan lori tanah tu?
20. Semasa Izzah letak mangkuk, tiada gelas kelihatan di sebelah mangkuk. Semasa ibu Haris masuk, mangkuk tiada dan gelas muncul entah dari mana.
21. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut ‘… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik’ dalam syot selepas itu.
22. FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit). Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah.
23. Mail arah Seha suruh arah budak budak. Perhatikan budak pakai baju merah yang berada di belakang sana. Dia berada di batas yang lain. Tapi, syot seterusnya, korang akan perasan yang budak tu berada sebaris dengan batas Seha sebelum syot seterusnya menunjukkan budak tu kembali berada di batas yang lain semula secara tiba tiba.
24. Jika Izzah pakai kain batik, apakah benda berkotak yang berada di belakang Izzah yang nampak terbonjol dari bajunya yang nipis itu? Itu mungkin wireless mic.
SUMBER
6 comments:
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Tambah satu lagi..
Ada ke orang main WAU semasa padi kat SAWAH belum diTUAI lagi? Habis la padi kena randuk?
Biasanya orang main WAU kat kawasan lapang atau selepas habis padi kat SAWAH habis diTUAI.. hahaha
Wallahualam..
MALAS TENGOK CERITA DRAMA MELAYU. ENDING MACAM HAPRAK. PALING GERAM ENDING TENTANG DHIA. ORANG JAHAT BUSUK HATI TAK MAMPUS PUN, ATAU MEMANG DUNIA TAK ADIL? kami takkan buang masa tengok cerita2 meloyakan mcm tu lg...baik tengok naruto!!
Woq...pandainya.
hang pulak la buat filem lepas ni sebab dah terlalu pandai.
Pasni lu kaji la filem The Sorcerer & White Snake pulak. pastu tolong bagi komen sikit ye...kekekeke.
Apa pun, berikan galakan dan sokongan lagi pada industri perfileman kita. Jangan la pulak filem indonesia saja yang selalu di angungkan sedangkan mereka "indon" tak habis-habis nak ganyang kita...Untuk AS, nobody's perfect!!
bab bab komen pndai jea..try la buat filem sndri tgk..klau tak buat filem ckp industri filem negara tak pndai nak buat filem laa tak ckup bajet la ape laa..klau dah buat komen mcm mcm plak..bodoh
syhabas AS awak telah meneliti dengan teliti..lepas ni awak pasti boleh buat filem hahaha....
Post a Comment