Seorang pelajar kolej swasta dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini
atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.
Bagaimanapun Umar Mohamad Azmi, 23, aktivis Occupy Dataran mengaku tidak bersalah.
atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.
Bagaimanapun Umar Mohamad Azmi, 23, aktivis Occupy Dataran mengaku tidak bersalah.
Umar didakwa sengaja menghalang Mohd Masran Mamat, 34, daripada menangkap dan mengiringi ketua aktivis Occupy Dataran, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 35, yang enggan mendengar arahan DBKL untuk menurunkan khemah yang mereka pasang di Dataran Merdeka.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Jalan Raja Laut di sini, kira-kira jam 8.05 pagi, semalam.
Occupy Dataran adalah sekumpulan aktivis yang menuntut Dataran Merdeka sebagai ruang terbuka dan hak rakyat untuk berbincang dan berdemokrasi.
Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chai Sia, memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin namun, peguam Syahredzan Johan memohon ia dikurangkan kepada RM1,000.
Tertuduh seorang pelajar tahun akhir jurusan diploma dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hulu Klang.
"Bapanya yang hadir untuk menjamin bekerja di syarikat pemasangan paip dan perlu menanggung empat orang anak serta isteri yang masih belajar," katanya.
Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan Umar diikat jamin RM1,000 dan menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM 10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Mohd Fahmi Reza ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia perlu hadir ke mahkamah untuk sebutan kes berkaitan Akta Parit dan Bangunan di bawah DBKL pada 22 Mei depan.-SH
****************
Kesian aku tengok bapa student kolej swasta tu!
Kerja hanya disyarikat pemsangan paip dan mempunyai tanggungan yang banyak.
Tak pasal-pasal kena jamin anak yang bermasalah!
Mana Anwar dan puak fuckatan lain, takkan tengok saja, pergi la tolong jamin..
Pesanan aku untuk mahasewel yang lain, janganlah menyusahkan ibu bapa!
1 comment:
wei wei wei apa barang minta rayuan???kata di taja pembangkang BAYARLAH PAKATAN HARAM...
ni budak belajar u mana ni? kalau bawah selangor kasi sound sikit kerajaan selangor yang kononnya menyokong perjuangan aktivis occupy dataran ni...
ini lah nama dia bodoh sombong...kalau dah kena halau BLAH LAH BODOH, nanti bila dah tenang datanglah balik....orang suruh guna akal ko guna kepala lutut..hah bila orang dah bagi "kepala lutut" tau pulak ko buat muka tak bersalah.
anti aktivis occupy dataran
Post a Comment