Peneroka Muka Tak Malu Pakai Uniform Pakatan Haram Ambil Cek Akui Najib Pemimpin prihatin!


“Terima kasih atas pemberian durian runtuh ini tetapi kerajaan seharusnya berterima kasih juga kepada pembangkang kerana tanpa kami, kerajaan tidak mungkin berusaha memajukan nasib rakyat.”

 Demikian kata seorang peneroka Felda Kampung Awah yang hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju korporat putih mempunyai logo PKR, DAP dan Pas pada satu majlis, di sini.

Walaupun bersikap prejudis terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peneroka berusia 50-an itu tidak sama sekali menyangkal bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang prihatin dengan nasib rakyat memandangkan semua ahli keluarga menerima pembahagian durian runtuh itu. 

 Katanya, Perdana Menteri sendiri memberitahu bahawa durian runtuh itu adalah hak peneroka maka setiap peneroka perlu menerimanya. “Saya mengambil durian runtuh ini tetapi tidak bermakna saya menyokong kerajaan. Saya tidak sekali–kali akan menukar parti pilihan (Pakatan Rakyat) memandangkan apa yang diperjuangkan pembangkang adalah sesuatu yang benar dan adil.

 “Pemberian durian runtuh Felda ini saya anggap rezeki yang tidak boleh ditolak,” katanya ketika ditemui menerima cek durian runtuh fasa pertama bagi ketua keluarga bernilai RM5,000 bersama 466 peneroka lain dari Felda Kampung Awah dan Sungai Nerek, di sini. Majlis disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

***************


A.S kata pakcik ni dasar muka tak malu!
Dasar muka kulit biawak!
Dasar tak kenang dek untung dan lupa daratan!
Dasar manusia yang kufur nikmat dan tak reti erti bersyukur!

5 comments:

Nenek kau said...

Kalau dah tau hak peneroka kenapa dok bangkang apa yang kerajaan buat untuk kebaikan peneroka.

Inilah manusia yang sentiasa kufur. PAS mengajar supaya bersifst kufur sekiranya nikmat yang datang itu dari usaha Kerajaan.

Namun, apa yang pembangkang dah buat selama ini Mernyalak dalam ceramah siang dan malam.

Anonymous said...

Orang dah buta hati sgt. Slalu mcm tu lah. Halal kan apa yg haram dan sebaliknya. Kau dapat duduk kat felda tu pon dah cukup bagus. Lagi mau jadi bodoh sombong!

Anonymous said...

PR adik kepala otak dia..
Time FELDA ditubuhkan ada ker sokongan dari pembangkang?

Ko jer yang buta hati perut, sepatutnya FELDA tu bukan tempat ko. FELDA adalah tempat untuk mereka yg menyokong usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi mereka yg rata2 ketika itu miskin. FELDA adalah sinar untuk mereka yg ingin memajukan diri.

Sepatutnya ko keluar dari FELDA, memalukan memakan hasil yg diusahakan kerajaan tetapi menentang kerajaan.

Anonymous said...

“Terima kasih atas pemberian durian runtuh ini tetapi kerajaan seharusnya berterima kasih juga kepada PEMBANGKANG kerana tanpa kami, kerajaan tidak mungkin berusaha memajukan nasib rakyat.”

Jgn biar diri diperBODOH said...

artikel menarik tp dicemari komen bangang yg aku baca kat entry ni. termasuk ler siADMIN.

ko sokong kerajaan, bagus. tapi kalu ko bangkang, jadi kufur. ITU HUKUM NENEK NGKO PUNYE LAKI!

adakah ko akan menyokong setiap tindak tanduk manusia hanya kerana dia tu pemimpin ko walau langgar halal haram? kalu ye, maka ko ni jatuh kategori BODOH PERASAN CERDIK. ada akal tp xnak pakai.

adakah cek yg diberikan kepada peneroka tu dtgnye dari duit simpanan peribadi Najib atau Barisan Nasional? bukan dari hasil kutipan cukai setiap rakyat Malaysia? so agihan kena la sama rata. baru adil. lain la pakcik tu warga bangla.


Dah nama BANTUAN UTK PENEROKA, maka kena la beri pada PENEROKA walaupun berbeza ideologi. lain la kalau bgtau dana tu hanya utk PENEROKA YG SOKONG BN SAHAJA. kalu dah bgtau camtu, then pakcik ni dtg minta jugak, maka korang nak kondem pun mmg kena la pada keadaan. xder la nampak KEBODOHAN tu. tegur je jgn ler marah. kekeke

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...