Edisi Bongkar: Sapa Kenal Bendera Ni?

 Siapa kenal bendera di atas? Rasanya ramai di antara kita lebih lagi generasi muda tak kenal bendera apa agaknya tu. Sempena dah masuknya bulan kibarkan jalur gemilang bagi menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-55, meh aku kongsi dengan korang semua.


Ok. Kali ini aku nak imbau sedikit fakta sejarah supaya kita lebih ingat tentang siapa kita dan kita boleh ceritakan pada anak-anak kita asal usul Negara Malaysia.

Inilah bendera Negara kita sebelum adanya Galur Gemilang. Ketika itu Negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang hanya membabitkan 11 negeri bersekutu (semua 11 negeri dalam semenanjung). Digunakan pada tahun 1948 hingga tahun 1950.

Persekutuan Tanah Melayu terbentuk hasil dari bantahan kuat orang melayu melalui UMNO terhadap penubuhan Malayan Union pada 1 April 1964. Malayan Union akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan tanah Melayu pada 31/1/1948.

Bermula dari itu rakyat telah sedar akan kebangkitan suara kemerdekaan. Hasilnya Negara kita mendapat kemerdekaan dari British pada 31/8/1957.

Pada 16/9/1963 nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia dengan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura tidak lama berada didalam Malaysia. Pada 7/8/1965 Tuanku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah membenarkan Singapura membentuk negaranya sendiri keluar dari Malaysia kerana bimbang tindakan parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang menguasai Singapura sering mempertikaikan keistimewaan kaum Bumiputra yang pada pendapat beliau boleh mencetuskan kekacauan antara kaum.

Kini Malaysia dan Singapura dapat hidup aman dan damai dan saling menghormati. Yang pastinya rakyat kedua-dua Negara berasa selamat untuk mengunjungi Malaysia mahupun Singapura.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Maaf, bendera diatas bukan bendera Pesekutuan Tanah Melayu tetapi bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang & Negeri Sembilan)dari tahun 1895 hingga 1946. Bendera Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan pada tahun 1948 dan rupanya adalah sama dengan Jalur Gemilang cuma Bintangnya pecah 11 dan Jalurnya juga 11 yakni 9 Negeri Melayu & 2 Negeri Selat. Terima kasih

Unknown said...

trima kasih atas info anda jika benarmaaf atas kekhilafan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...