Lagi Luahan Kekecewaan Zunar Pada Artis PAS!!


Zunar Suruh Ko Menyanyi Lagi, Bukan Nak Tunjuk Riak Camni!

Tidak guna artis sertai Pakatan Rakyat jika hanya mahu berceramah, kata Zunar


KUALA LUMPUR, 21 Julai — Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.

Menurut Zunar lagi, yang menjadikan keadaan lebih parah adalah apabila golongan artis yang menyertai PR ini mula berceramah agama dan menyesali kehidupan lama mereka sebagai seorang seniman.

“Apa yang saya dapati sekarang ini, mereka (artis) hanya berceramah,” kata Zunar dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

“Fenomena ini (kemasukkan artis beramai-ramai menyertai PR) sudah berlaku beberapa bulan, apabila berada dipentas PR, mereka berceramah, kadangkala berceramah Ugama lagi

Kartunis aktif dengan parti pembangkang semenjak tahun 1998 itu merasakan tidak wajar fenomena artis berceramah ini diteruskan kerana menurutnya artis perlu terus berkarya dan hasilkan karya-karya yang kritikal kepada Barisan Nasional (BN) kerana ini lebih membantu PR daripada selama-lamanya berceramah.

Akhir-akhir ini, golongan artis arus perdana menyertai parti PR secara beramai-ramai.

Artis seperti Bob Lokman, Sham Kamikaze, Aisyah dan Dayangku Intan telahpun menyertai parti PAS dan PKR.

Terbaru yang menggemparkan apabila bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi dan pelakon utama filem Leftenan Adnan, Hairie Othman menyertai PAS.

Kebanyakan golongan artis yang menyertai PR ini berakhir dengan menjadi penceramah PR yang tidak memberi banyak nilai tambah kepada Pakatan pembangkang tersebut.

Sebagai respon, Umno juga mula membawa artis masuk seperti Amy Search dan Jamal Abdillah yang menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka.

Zunar turut menjelaskan, golongan artis yang menyertai PR kebanyakannya tidak faham bahawa mereka masih lagi seorang artis yang dikurniakan bakat istimewa.

Tambah Zunar lagi, sekali menjadi seniman seseorang artis itu tidak boleh berhenti bekarya.

“Seniman selama-lamanya seniman, tidak wujud istilah seniman bersara.

“Yang bertukar sekarang ini adalah wadah dan arah karya bukan perlu berhenti bekarya,” kata kartunis yang beberapa karyanya diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana dikatakan memudaratkan keselamatan negara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...