Pemuda MIC Pulau Pinang hari ini mempersoalkan
tindakan ahli Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (PHEB) RSN Rayer
yang juga Adun Seri Delima bertindak menutup kes kecurian wang di Kuil
Sri Balathandayuthapani Sabtu lepas melibatkan wang sebanyak
RM10,395.00..
“Kenapa RSN Rayer (gambar) mengambil kepentingan utama dalam
isu kecurian ini di mana beliau telah memberikan arahan untuk menarik
balik laporan polis ini.
“Adakah RNS Rayer ingin memberikan mesej bahawa kecurian duit milik
tabung kuil (orang ramai) merupakan satu kesalahan yang ringan dan boleh
dimaafkan secara diam-diam?
“Adakah RSN Rayer merupakan “kingmaker” dalam PHEB dengan mengambil
tindakan serta berkuasa daripada pengerusi yang sedia ada?,” soal Ketua
Pemuda MIC Pulau Pinang J Dhinagaran dalam satu kenyataan media hari
ini.
Menurut pemimpin MIC ini dalam kes kecurian tersebut, penolong
bendahari kuil tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus
terhadap seorang kakitangan PHEB pada 8 September lalu tetapi terpaksa
menarik balik laporan tersebut berikutan “arahan dari Rayer”.
Kes kecurian ini bukan kes yang pertama. Menurut Dhinagaran dua tahun lepas wang PHEB sebanyak RM68,000 turut dicuri.
Justeru itu, Dhinagaran (gambar) turut membidas peranan Timbalan Ketua Menteri II Dr P Ramasamy yang juga merupakan pengerusi PHEB.
“Adakah Dr P Ramasamy hanya berfungsi sebagai sebuah boneka dalam
menguruskan lembaga ini? Ini kerana Rayer nampaknya lebih bertindak
melulu dalam segala urusan PHEB,” kata Dhinagaran.
Ramasamy dituduh sebagai lebih menguruskan isu warga Sri Lanka berbanding rakyat Pulau Pinang.
Ketua Menteri Lim Guan Eng turut digesa oleh Pemuda MIC Pulau Pinang agar mengambil tindakan terhadap Rayer.
“Di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang
yang mengamalkan prinsip kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan,
apakah tindakan susulan oleh YB Lim Guan Eng terhadap RSN Rayer yang
telah campurtangan dalam masalah ini?,” soal beliau. -FMT
No comments:
Post a Comment