Ia bermula dengan tindakan berani dua beradik perempuan melintasi laluan kereta api yang sudah pun ditutup dengan palang automatik mengundang padah apabila seorang daripadanya maut dan seorang lagi cedera parah dilanggar kereta api.
Rani yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Kejadian ngeri jam 12.45 tengah malam itu menyebabkan penunggang motosikal, Nalinidevi Kanabal, 18, maut di lokasi kejadian manakala kakaknya, Rani Kanabal, 20, cedera parah pada bahagian kepala, tangan dan kaki.
Kejadian dikatakan berlaku apabila dua
beradik yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang dekat
Taman Ria Jaya di sini, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke
rumah mereka di Taman Kelisa Ria.
Menurut sumber, mangsa baru selesai melakukan upacara keagamaan dekat sebuah rumah kenalan di Pekan Baru Sungai Petani bersama dua lagi rakan.
“Mangsa yang tiba di pagar lintasan
kereta api sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke
Pekan Lama Sungai Petani melintas laluan pagar yang diturunkan.
“Belum sempat melintasi landasan, mangsa
dilanggar sebuah kereta api yang mengangkut muatan simen dari Perlis
menuju ke Kuala Lumpur,” katanya.Motosikal mereka dipercayai tersangkut
pada rel semasa dilanggar dan diseret lebih 200 meter menyebabkan
perjalanan kereta api tergendala seketika.
Cebisan mayat mangsa turut
kelihatan di atas landasan dengan keadaan kaki, tangan dan anggota lain
yang putus antara satu sama lain. Rani yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda,
Superintendan Ong Aik Chang mengesahkan kejadian itu. Beliau menasihati
orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak tergesa-gesa untuk
melintas landasan kereta api.
No comments:
Post a Comment