Jangan Marah.. Aku Terpaksa Setuju Khalid Ibrahim Memang Cemerlang Bak Kata Anwar..



Tapi cemerlang habiskan harta era BN.. Kahkahkah
Sambil menyangkal kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melabel Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar paling cemerlang, Datuk Seri Noh Omar mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat itu hanya cemerlang dalam menghabiskan harta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kenyataan dibuat Anwar kelmarin sesuatu yang melucukan.
Beliau berkata, Khalid hanya cemerlang dalam menghabiskan harta yang dikumpul oleh kerajaan negeri Selangor semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Tambah beliau, "bagaimana Anwar boleh menyifatkan Khalid sebagai Menteri  Besar yang cemerlang, saya lihat kenyataan itu melucukan dan beliau hanya cemerlang untuk menghabiskan harta dan lain-lain."
"Di mana saya lihat rekod Khalid yang pada kebanyakkan isu yang ditanyakan kepada beliau, beliau tak boleh jawab contohnya kerugian yang dialami Unisel dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 sehingga 2011.
"Beliau kata nak maklumkan pada Sepetember lalu, tapi tak ada sebarang kenyataan dibuat, namun Laporan Audit yang telah dibentangkan dalam Parlimen adalah sama dengan kenyataan yang saya buat sebelum ini dan dinafikan Menteri Besar," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Baru-baru ini, Anwar dilapor  menyifatkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.
Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin BN.
"Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.
“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Noh menggesa Khalid menafikan berhubung isu sebanyak lima harta kepunyaan kerajaan negeri itu telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk dijual.
Kompleks PKNS Shah Alam Yang Menjadi Hasil Tangan 'Kecemerlangan' Khalid
Antara aset yang didapati akan dijual beli ialah Menara PKNS Petaling Jaya yang berharga RM90 juta, SACC Mall berharga RM97 juta, Kompleks PKNS Shah Alam berharga RM88 juta, Kompleks PKNS Bangi berharga RM42 juta dan Wisma Yakin di Masjid India berharga RM7 juta.
Tambahnya, "saya tidak menuduh beliau (Khalid) tetapi saya nak beliau tampil menafikan, esok atau lusa bahawa Lembaga Pengarah PKNS bersetuju akan menjual lima harta negeri.
"Saya cabar beliau untuk nafikannya mahu menjual harta PKNS sebanyak RM321 juta.
"Sekali lagi, saya bukan nak tuduh, tapi saya nak Menteri Besar nafikan dakwaan saya, ini maklumat saya dapat, bukan lagi rahsia," katanya lagi.-SH

3 comments:

Anonymous said...

tidak menghairankan langsung kalid berahim dikatakan cemerlang,kerana yang memujinya pun sinuwar berahim kaki jubok,dan penipu..

Anonymous said...

tidak menghairankan langsung kalid berahim dikatakan cemerlang,kerana yang memujinya pun sinuwar berahim kaki jubok,dan penipu..

Anonymous said...

memang sahlah hampa pengikut pecacai umnobn ni benak dan bangang,memalukan dan tak tau mana satu baik dan buruk.Sahlah bangang dan tongong pecacai umnobn ni,,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...