Datuk K Patah Bahu,Tangan & Kaki

Gambar Hiasan

Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam satu kemalangan di Queensland, New Zealand, hari ini.

Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.45 tengah waktu Malaysia (4.45 petang waktu tempatan) ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Laporan portal Media Hiburan menyebut, susulan kejadian itu, Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya.Siti yang kini masih berada di Jakarta terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta sehingga esok.

Anak kelahiran Kuala Lipis itu dalam media sosial Twitter pada jam 7.46 malam memberitahu beliau baru saja menghubungi suaminya dan dapat bercakap dengannya sambil meminta peminatnya agar mendoakan Datuk K pulih segera.

"Terima kasih semua yang mendoakan suami saya... alhamdullillah dapat bercakap dengan suami tadi... sama-sama doakan agar DK segera sembuh ye...salam," kata beliau.

Dalam satu mesej sekitar jam 1.40 tengah hari tadi, Siti menulis, "salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert. Ct (Siti) tak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tidak terduga. Mohon memahami ya," katanya lagi.Datuk K dilaporkan berada di New Zealand sejak 6 Disember lalu atas urusan perniagaan.-SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

Anonymous said...

sorang accident superbike di NZ.. sorang di Indon.. apa cer....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...