Manifesto dengan mudahnya diperbetulkan semasa makan #manifestobukanjanji



ManifestoBukanJanji : Royalti Tiada Dalam Manifesto, NGO R Tidak Diiktiraf?

Royalti minyak adalah salah satu isu yang dimanipulasikan PAS bagi menarik sokongan rakyat terutamanya rakyat Kelantan.

Walaupun sudah jelas berdasarkan undang-undang bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak, PAS tetap memainkan isu tersebut bagi menyemai sentimen kebencian pada rakyat.

Dengan memanipulasi isu royalti, PAS mampu menimbulkan satu persepsi bahawa kerajaan pusat menzalimi rakyat Kelantan kerana tidak membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.

Kesungguhan PAS memainkan isu royalti sememangnya tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan royalti adalah satu-satunya isu yang boleh membuat rakyat Kelantan membenci kerajaan Barisan Nasional.

Bagi memastikan isu royalti minyak ini terus hangat diperkatakan, satu pertubuhan bukan kerajaan yang digelar NGO R telah dibentuk.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh NGO R untuk menarik sokongan rakyat termasuk berhimpun di perkarangan mahkamah, berbasikal, berkonvoi dan sebagainya.

Pakatan Rakyat semalam mengakui 'terlepas pandang' isu royalti dalam cetakan. Kata Dr. Dzulkefly Ahmad, berlaku kesilapan di pihak pencetak yang menyebabkan tuntutan royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' versi cetak.

www.malaysiakini.com/news/222351

Adakah alasan 'terlepas pandang' boleh dianggap relevan sedangkan isu royalti bukanlah satu isu yang kecil, malah penolakan rakyat terhadap BN khususnya di Kelantan adalah disebabkan manipulasi terhadap isu tersebut.

Jika PAS melihat isu royalti sebagai isu yang besar dan wajib diperjuangkan demi masa hadapan rakyat Kelantan yang lebih baik, isu itu tidak sepatutnya dipandang enteng dan tidak wajar tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Kini timbul persoalan adakah Pakatan Rakyat benar-benar memperjuangkan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan? Adakah perjuangan NGO R selama ini cuma salah satu usaha untuk terus mengelirukan rakyat Kelantan?

Setelah apa yang berlaku, Presiden NGO R Nazri Deraman menghadap Anwar Ibrahim untuk memperbetulkan manifesto. Sampai gini mo lalu nah! Mudahnya mereka memperbetulkan manifesto, di kedai kopi pun boleh buat. Kita nantikan adakah pembayaran royalti minyak kepada Kelantan akan dimasukkan ke dalam manifesto versi cetak atau tandatangan Anwar Ibrahim itu tidak memberi apa-apa makna.

Berdasarkan apa yang telah terjadi, rakyat sepatutnya dapat menilai bahawa isu royalti minyak cuma retorik yang dimainkan oleh PAS.

Isu royalti minyak Kelantan adalah umpama isu hudud yang seringkali dibangkitkan menjelang pilihanraya, tetapi hakikatnya agenda pelaksanaan hukum hudud langsung tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

PAS dahulunya sering merujuk Al-Quran, kini mereka merujuk Buku Jingga. Walhal apa yang ada di dalam Buku Jingga cuma retorik dan sekadar gula-gula untuk menarik sokongan rakyat Malaysia.

Jika pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga sekalipun, adakah segala janji-janji mereka boleh dipercayai? Banyak janji-janji mereka selepas PRU12 masih belum ditunaikan, malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengatakan manifesto bukan janji.

Jika manifesto bukan janji, untuk apa bentangkan kepada rakyat? -Tok Guru.ASSU

2 comments:

Kekuda said...

rasa macam sama pulak dengan video saleh & nabil. agaknya, kesudahannya pun sama...

Anonymous said...

hahaaaa suka aku tgk video nabil n saleh yacob

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...