Kiram Kelaparan..



MANILA - Agbimuddin Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih berada di Lahad Datu tetapi beliau bersama pengikutkan dipercayai berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani  berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula selepas diserang pada 1 Mac lalu.“Mereka sentiasa bergerak, tidak ada bot dan tiada juga pengangkutan lain. Mereka hanya berjalan kaki dan kelaparan,” kata Idjirani pada sidang media semalam.

Dipetik Philippine Daily Inquirer, Idjirani menambah, beliau ada berhubung dengan Agbimuddin sekitar jam 2.30 petang semalam.Terdahulu, anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media yang bapa saudaranya itu masih selamat di Lahad Datu meskipun pihak polis dan tentera Malaysia terus-menerus menyasarkan kedudukan mereka.

“Arahan untuk pengikut bapa saudara saya ialah bertahan dan perlu bersedia menghadapi serangan. Tetapi mesti bertahan, bukan melakukan sebarang serangan,” kata Jacel.Jacel turut menambah yang pihaknya berharap agak kerajaan Filipina sendiri campur tangan bagi menangani konflik berkenaan.

Dua hari lalu menyaksikan sultan sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk berbincang dengan Presiden Aquino bagi menyelesaikan konflik di Sabah.“Dari awal lagi barisan kami sentiasa terbuka untuk berbincang secara terus dengan presiden tetapi hampa,” kata Jacel.SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

2 comments:

Anonymous said...

This is really interesting, You are an excessively professional blogger.
I have joined your rss feed and stay up for in search of extra of your great
post. Additionally, I've shared your website in my social networks

Here is my website: kicksorter

Anonymous said...

BERTAUBATLAH KIRAM OIII.....UMUR DAH LEBIH SEPARUH ABAD DAH. PENYAKIT PUN DAH BERGANDA. KUBUR PUN DAH PANGGIL MARI.

SEPATUTNYA DAH TUA2 TU AJAKLAH PENGIKUT2 PEGI MASJID SURAU LAGI BAGUS ANGKAT QURAN DARI ANGKAT SENJATA BERBUNUHAN SESAMA AGAMA GITU. JANGAN ESOK MATI KATAK SESIA AJE. DUNIA TAK DAPAT, AKHIRAT PUN TAK SEMPAT.

TAUBAT TAUBAT TAUBAT LAH KIRAM Oiii. HARTA DUNIA TU PUN KAU NAK BEREBUT. SATU LAGI...BETUL KE KAU TU KIRAM SEBENAR???RAMAINYA YANG NGAKU JE TETIBA NIII.. confuseddd!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...