Panass.. Filipina Bakal Tuntut Sabah!!



Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah
Kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah selepas Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini membayangkan akan berbuat demikian.

Akhbar Filipina melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas De Lima mengesahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah mengemukakan satu cadangan daripada sudut undang-undang kepada Presiden Benigno Aquino III berhubung tuntutan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dokumen berkenaan.

De Lima berkata, Filipina mungkin mengemukakan isu tersebut kepada 'tribunal berkaitan'. "Persoalan yang timbul sekarang, adakah kami mempunyai alasan kukuh dan sah jika membawa perkara ini kepada tribunal berkaitan," katanya kepada wartawan di Persidangan Kumpulan Pakar Persaingan ASEAN di sini hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman telah melakukan kajian daripada aspek undang-undang berhubung tuntutan ke atas Sabah dan mengemukakan cadangan itu kepada Aquino untuk diluluskan.

"Terpulang kepada Presiden sama ada beliau mahu menimbang kajian itu atau tidak," katanya. Aquino sebelum ini dilapor menugaskan Jabatan Kehakiman dan Jabatan Luar supaya meneliti kesahihan tuntutan Kiram ke atas Sabah.

Menurut beliau, isu pemilikan Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah. - Agensi

 A.S KATA, SABAH DAH MAJU DENGAN PELBAGAI PEMBANGUNAN BARU SEKARANG KORANG TERHEGEH-HEGEH NAK TUNTUT?

 APA KATA PINOY BUAT SURVEY KE ATAS RAKYAT SABAH ADAKAH MAJORITY RAKYAT SABAH MAHU BERSAMA MEREKA? AKU YAKIN HAMPIR 100% PASTI AKAN BERKATA TIDAK.

 P/S; ADAKAH ANWAR TERLIBAT DALAM INI CERITA?TIDAK MUSTAHIL KAN?







2 comments:

Anonymous said...

Filipina jangan bermimpi di siang hari. Tak sangka pulak ada hati nak tuntut Sabah. Sabah adalah hak orang Sabah dan Negara asing tidak berhak menuntut

Faerie_Princess said...

mcm ada konspirasi je ni. x mungkin kerajaan filipina yg ada skrg x tahu dokumen pasal penyerahan sabah tu valid atau tidak. sbb dr dulu lg dh ada tuntutan ke atas sabah kan. dh terbukti sabah milik malaysia. so patut x payah nk siasat lg samada tuntutan si kiram tu betul atau tidak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...