2,000 Orang Tinggalkan Program Pakatan di Seremban Kerana Mustafa Ali?


PRU-13: DAP, PKR NS masih gagal umum calon

Majlis mengumumkan calon-calon pakatan pembangkang Negeri Sembilan yang berlangsung di sebuah hotel di sini malam ini bertukar kepada hanya ceramah politik.

Ia selepas DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal memuktamadkan calon masing-masing meskipun sebelum itu mewar-warkan bahawa nama-nama tersebut akan diumumkan malam ini.

Setiausaha DAP negeri, Cha Kee Chin membuat pengumuman pada kira-kira pukul 9.30 malam ini bahawa tiada pengumuman nama calon akan dibuat pada majlis tersebut.
"Kepimpinan pakatan memerlukan masa yang lebih panjang antara 24 jam hingga 48 jam lagi bagi meneliti nama calon yang telah disenarai pendek.

"Ia bagi membolehkan kami menyenaraikan calon terbaik dan berdaya maju," katanya.
Sebaik pengumuman itu dibuat sebilangan daripada kira-kira 2,000 orang yang hadir mula meninggalkan dewan hotel berkenaan manakala sebahagian besar penyokong kelihatan hanya berdiri di luar dewan.

Pengumuman nama calon itu amat dinanti-nantikan memandangkan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan telah pun mengumumkan calonnya pada awal hari ini.
Khamis lalu, Pas negeri ini telah mengumumkan calon mereka.

Majlis malam ini turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Bendahari Agung DAP, Fong Kui Lun.
Namun sehingga pukul 9.30 malam ini, kelibat Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook tidak kelihatan.

Ia menguatkan desas-desus bahawa kedua-dua parti pembangkang itu berdepan dengan masalah pemilihan calon yang dibantah oleh ahli di peringkat akar umbi. - Utusan

1 comment:

Anonymous said...

This is my first time go to see at here and i am truly
pleassant to read everthing at alone place.


Also visit my web page :: tarot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...