Kesian Muhammad Mud Taib. Masuk Pas kena hentam dengan Kapal Sing..


 Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.

"Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN).

"Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas.

"Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas... saya rasa dia menyertai Pas," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Muka tembok

Anonymous said...

Hidup karpal sink!

Anonymous said...

Kesian juga dekat Pas. Nak terima ahlipun kena 'rujuk'dekat DAP.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...