Pakatan Haram Biadap Naikkan Bendera Guna Aset ATM..


KLUANG - Tindakan pembangkang menggunakan tiang antena milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengibarkan bendera di hadapan Balai Polis Simpang Renggam, dekat sini, mendapat perhatian umum.

Difahamkan, bendera yang dipasang pada aset milik ATM sejak dua minggu lalu itu mampu merosakkan imej pasukan keselamatan berkenaan meskipun ia berkecuali daripada aktiviti politik tanah air.

Pengadu, Iskandar Ahmad, 41, berkata, tiang yang digunakan untuk menggantung bendera PR itu adalah ‘Clark Mast’ atau lebih dikenali sebagai PU 10.

Beliau yang juga anggota tentera berkata, biasanya tiang itu digunakan oleh pasukan Rejimen Semboyan DiRaja (RSD) untuk mendapatkan pancaran alat perhubungan.

“Tiang PU 10 ini terkawal pengeluarannya dan tidak boleh digunakan untuk sebarang kegunaan lain kerana ia adalah aset negara.

“Satu tiang ini dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000 dan tidak boleh diguna oleh orang awam.

“Kalau tiang ini telah dilupus, tapi kenapa tiang ini tidak dimusnahkan terus dan terlepas keluar daripada stor pasukan serta digunakan oleh pihak yang tidak sepatutnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Justeru, Iskandar berharap tiang berkenaan dapat segera diturunkan kerana mampu memberi gambaran buruk terhadap unit pasukan RSD dan ATM secara keseluruhan.

Sementara itu, Mohd Rosli Mohd Ali, 46, berkata, berdasarkan kepada pengalamannya sebagai juruteknik, tiang tersebut akan dilupuskan sekiranya patah.

“Jika dilihat keadaan pada tiang yang dipasang di Simpang Renggam ini, ia masih baik hanya tapak saja tidak diletakkan bersama-sama tiang berkenaan.

“Kita juga percaya bahawa, hanya orang yang berkemahiran saja yang boleh menaikkan tiang tersebut dengan sempurna. Saya harap pihak Markas Tujuh Briged ambil tindakan segera untuk menurunkan tiang berkenaan dan siasat siapa yang mengeluarkan alat ATM ini,” katanya.

Jurucakap Markas 7 Briged ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah sedia maklum berkaitan kejadian itu dan akan bertindak menurunkan tiang antena itu untuk tujuan siasatan.

4 comments:

Anonymous said...

Pakatan Pundek ni berangan nak tawan Parlimen Simpang Renggam...kahkahkah


Simpang Renggam akan menjadi kubur Pakatan Pundek. Jangan beranganlah woi Din Pudu. Cakap besar nak tawan 12 kerusi parlimen Johor. Nak tawan Simpang Renggam. Inilah angan-angan paling lawak Din Pudu.kahkahkah

Orang Simpang Renggam

Anonymous said...

berita ala Pundek dari pecacai BN tak sedar diri,umnobn dok perguna aset kerajaan untuk pasang bendera depa dekat rumah hang ,hang tak report,,pukimak lu,pecacai umno haramjadah

Anonymous said...

ada lah tu geng2 pr dalam tentera, dulu jual engine kapal terbang dah kantoi jual benda lain lak

tungkaran hati said...

nampak sangat betapa cuainya gerombolan KDN dalam memelihara aset negara....! lambat dan lembab dalam tindakan keatas keselamatan negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...