Fakta Mengejutkan! 90% Guru Menyokong Pembangkang? Apa Dah jadi?

A.S CUKUP SETUJU DENGAN KENYATAAN 'GELORA LANGKAWI' SEPERTI DIBAWAH.  HASIL DARI PEMERHATIAN DAN PERBUALAN AKU DENGAN ORANG RAMAI, AKU  TAK BOLEH NAFIKAN FAKTA 10% GURU SAHAJA YANG SOKONG KERAJAAN.SEBAGAIMANA PERNAH DINYATAKAN APA LAGI YANG CINA MAHU, KITA BOLEH PERSOALKAN PULA APA LAGI YANG GURU NAK?


SEGALA KEBAJIKAN DAN KEISTIMEWAAN CUKUP TERJAGA OLEH KERAJAAN DENGAN CUKUP RAPI. GAJI GURU SEKARANG BUKAN SERUPA GAJI GURU ZAMAN 80AN DULU. SISTEM PENDIDIKAN DIGUBAL SEBAIK MUNGKIN BAGI MEMUDAHKAN GURU MENJALANKAN TUGAS HARIAN MEREKA SEBAGAI PENDIDIK.
KALAU NAK MELAWAN DAN MENGHENTAM KERAJAAN SANGAT BILA SEMUANYA TAK KENA, BERHENTI JE KERJA CIKGU TU. AKU PERCAYA,RAMAI LAGI PENYOKONG TEGAR YANG BERMATI-MATIAN PERTAHANKAN KERAJAAN BN BERMINAT UNTUK MENGISI JAWATAN PENDIDIK INI.
MEMANG JENIS MANUSIA KUFUR NIKMATLAH SEMUA PENDIDIK DAN PENJAWAT AWAM YANG MENYOKONG PEMBANGKANG NI! PM PATUT TURUN KE AKAR UMBI MENYELAMI PERMASALAHAN INI DAN CUBA UNTUK MENYELESAIKANNYA. 
PUAK PENJAWAT AWAM KAKI BANGKANG YANG MAJORITYNYA MELAYU TAK SEDAQ KEDIRI BILAMANA PAKATAN HARAM MEMERINTAH, HAMPIR SEPARUH PENJAWAT AWAM AKAN DIKURANGKAN, BAK KATA TONY PUA. TU SEMUA STRATEGI HALUS NAK PELINGKUP MELAYULAH.. SEDAQLAH DIRI TU ORANG GOMEN PRO PAKATAN HOII.. SEMUA JENIS CAKAP PANDAI, TAPI SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT HABOKK PUN TARAK..
DI SEKOLAH saya bekerja ada lebih 80 orang guru tetapi tidak sampai 10 peratus yang pangkah BN, yang lain semua pangkah pembangkang. Malah seorang ustazah dengan bangga mengatakan bahawa dia pangkah DAP, kerana terlalu benci dan sakit hati kepada UMNO.
Dalam bilik guru semua guru bercakap tentang keburukan kerajaan. Menghentam UMNO. Mereka maki hamun kerajaan yang banyak menolong mereka. Apa saja kerajaan buat semuanya salah.
Fenomena ini bukan saja berlaku di sekolah saya malah sekolah seluruh Malaysia dan jabatan kerajaan yang lain. Saya tidak tahu apa masalah guru.Apa lagi mereka mahu. Di mana fikiran logik mereka sebagai seorang pendidik. Kemudahan terbentang luas. Bukti kejayaan di depan mata. Kebenaran sudah nampak, tetapi masih termakan hasutan pembangkang.
Duit tidak perlu cari cukup bulan cucuk saja. Bila bajet semua bertenggek depan TV nak tahu berapa bonus dapat. Orang kampung kena cari duit. Pendapatan tidak menentu. Tetapi mereka masih setia kepada UMNO yang berteraskan Islam dan Melayu.
Wahai guru belajarlah bersyukur dan berterima kasih. DAP penipu besar. Buat apa kita pangkah dia. Dia guna PKR untuk menipu orang Melayu. Tetapi orang Melayu berpolitik sangat bodoh. Orang Cina sudah bersatu untuk menentang Melayu, tetapi kita berpecah belah. Buat fitnah sesama sendiri.
Marilah kita bersatu. Inilah formula yang terbaik untuk memperkukuhkan Islam dan orang Melayu. Kalau DAP dan MCA boleh berpakat dan bersatu, mengapa orang Melayu bermusuhan.
Negara kita pelbagai kaum, kalau kita tidak bersatu bangsa lain yang untung dan mereka tepuk tangan. Lihatlah bangsa kita sudah tidak terurus dan porak-peranda.
Melayulah paling ramai menghasilkan anak luar nikah dan buang bayi. Melayulah paling ramai penagih. Bangsa apa yang menjadi peragut dan siapakah mat rempit, bohjan dan bohsia? Sumbang mahram berlaku sana sini. Lihatlah berapa ramai anak Melayu tidak tahu mengucap dan tidak pandai membaca al-Quran.
Tetapi ustaz dan ustazah hanya pandai berpolitik di sekolah. Ini dosa siapa? Cuba tanya diri sendiri, pernahkah ustaz dan ustazah buat kelas tambahan untuk anak bangsa sendiri bagi menyelesaikan masalah ini? Tidak perlulah mencari kesalahan orang lain kalau tanggungjawab sendiri pun kita abaikan.
Kalau mahu wujudkan negara Islam kita mestilah Islam diri kita dahulu, lepas itu Islamkan keluarga kita, kemudian masyarakat seterusnya negeri dan akhir sekali barulah Islamkan negara. Ummah mantap negara kuat. Bila kita kuat tidak ada isu murtad, isu kalimah Allah, isu buang kepala babi di kawasan masjid, isu memprotes suara azan dan akhir sekali tidak akan ada isu mengkristiankan umat islam.
Sejarah telah memberi banyak pengajaran dan tidak pernah menipu kita.
Lee Kuan Yew, PM Singapura pertama sanggup masuk kampung Melayu dan pakai songkok bagi mendapat sokongan orang Melayu untuk Singapura berpisah dengan Malaysia. Akhirnya Melayu dapat hampas saja. Di Selangor DAP sanggup masuk masjid untuk menunjukkan mereka boleh membela Islam dan melayu.
Maka orang Melayu pun tersengeh termasuklah yang pakai serban dan berjanggut. Tetapi DAP kata orang Melayu sudah masuk perangkap. Ekonomi dalam genggaman. Kuasa politik sebelah tangan. Pulau Pinang sudah tumbang. PKR dan Pas masih berangan-angan.
Percayalah bangsaku. DAP tidak pernah jujur dengan kita. Mereka ada muslihat. Mereka nak ubah seluruh sistem pemerintahan negara supaya menguntungkan mereka. Mereka tidak mahu emas. Mereka tidak mahu jambatan terpanjang. Mereka tidak mahu universiti. Mereka tidak mahu bangsa mereka ramai menjadi jutawan. Tetapi yang mereka mahu ialah Tanah Melayu, kuasa politik dan ekonomi orang Melayu.
Mereka nak buang Perlembagaan yang ada. Mereka mahu jadi perdana menteri. Mereka nak hapus sistem beraja. Mereka nak rampas semua hak orang melayu. Sebab mereka tahu Melayu bodoh. Wahai bangsaku cuba bayangkan kalaulah orang Cina berada di tempat kita. Adakah mereka akan buat seperti PKR dan Pas buat sekarang. Jangan harap!
GELORA LANGKAWI
Bukit Tinggi, Baling


15 comments:

Amir Yusof said...

Memang sifat melayu biar semuanya hancur lebur asal hatinya puas.

usin said...

sokongan tidak bolewh dipaksa-paksa. nk sokong pembangkang, terpulang kpd guru2 tersebut. demokrasilah katakan. tapi kerajaan jangan bersikap bodoh dan pekak tuli. mana2 guru yg dikenalpasti sebagai penyokong tegar pembangkang, tahan kenaikan pangkat, sukarkan laluan kerjaya dan jangan beri sebarang bantuan untuk menyambung pengajian dan sebagainya. kalau isu mudah spt inipun kerajaan tak mampu tangani, memang bodoh sangatlah kerajaan. diulangi, kerajaan sangat bodoh, pekak dan tuli!!! apapun tak boleh!!! selamat menjadi pembangkang selepas pru14. frust sungguh aku sebagai menyokong dan pendokong aspirasi kerajaan...

Anonymous said...

Kerajaan terlalu lalai. Semua sedia maklum yang 90% guru seluruh negara pro-pembakang tetapi perkara ini dibiarkan berleluasa tanpa dibendung. Sekarang mereka begitu berani dan biadap tetapi masih dibiarkan saja. Tak hairan kalau BN tumbang pada PRU14. Sikap kerajaan yang terlalu gentleman akhirnya akan membawa padah. By then, it would be too late. Nasi sudah menjadi bubur. Takkan nak tunggu sampai tumbang baru nak sedar.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Pendapat peribadi saya.. sokongan sememangnya tidak boleh dipaksa. Saya juga mengalami pengalaman yang sama. 80% anak muda yang saya temui kebanyakkan semua menyokong pembangkang. Kebanyakkannya bukan benci pada UMNO, tetapi mereka benci pada pemimpin dalam UMNO. Bila di tanya sebab, mcm2 cerita yang keluar. Kebanyakkan tentang salah guna kuasa, rasuah, kroni dan sebagainya. Tapi tak pula dapat dibuktikan dakwaan tu betul atau tidak. Pada saya mereka terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Jadi bagi saya, jika pembangkang boleh mempengaruhi anak muda dengan dakyah sebegini, kenapa BN tak boleh???? Apa lebihnya pembangkang??? So wahai pemimpin BN, dekati lah anak muda, jgn asyik berpolitik dan mendekati yang diatas saja. Tutun padang dan temuilah anak2 muda kerna mereka ini penentu masa depan negara.

Mosbar said...

masalahnya.... sapa itu kerajaan? sapa dalam kerajaan ??? kalau di baca crita kat atas ni.... apala sangat nak diherankan.....
Jadi macamana kerajaan nak memantau... kalau orang dalam kerajaan sendiri yang menyeleweng dan tidak mempertahankan kerajaan yang ada.... dari bawah sampai atas (mungkin pengarah x la)..... tapi selepas pengarah ???? hampir semua jabatan kerajaan yang ada saya rasa perkara ni dah berleluasa.... mereka kata kerajaan rasuah, kroni dan nepotism, tapi sapa dalam kerajaan kalau x orang yang menderhaka secara senyap ni....????!!!!

Anonymous said...

CUEPACS mana?

Anonymous said...

yg kawan jumpa pulak ramai yg sokong BN.. cuma dalam perlaksanaan dasar dorang tak sokong dasar kementerian yg sangat boleh dipertikaikan.. cth: dorang bising dari zaman hishamudin lagi dah kaji beban kerja guru, tapi ada brani paparkan? dorang bising karenah jpn, ppd, guru besar yang tekan guru nak data itu ini on time sedangkan guru banyak lagi benda nak wat cthnya isi data yg banyak2 yg online tapi sistem slow.. dorang bising bilangan guru tak cukup sebab ada ssetengah cam guru data, kaunselor, guru ict disyaratkan tak pegang banyak kelas tapi kapasiti guru per kepala budak tak kira benda tu semua.. main taruk je.. penyampaian yg tak cekap- ppd kata lain, jpn kata lain, kementerian kata lain, penyelaras kat sekolah kata lain.. macam2 bendalah baru yg diperkenalkan tapi semua bertujuan kpd pengurusan sekolah bukan memperbaiki pembelajaran murid.. guru jugak yg kena, napa bahagian pengurusan o pentadbiran je yg take over.. ramai lagi orang melayu yg nk keja dgn gomen dalam pentadbiran ni.. lagi satu guru asyik kena hentam dgn parent walaupun jelas selalunya guru tak salah.. tapi ada kementerian backing? cth : klu rini keluar citer kat metro, JPN, polis semua turun.. pastu besoknya senyap jer..sbb mmg budak yg salah.. parent lagi salah serang guru tanpa usul periksa.. ppd pn salah push guru tak nak dgr cerita sebenar.. kementerian pun salah tak nak counter balik.. patut sebarang isu selesai dalaman, tapi bila parent dah bawak masuk paper n court, klu siasatan dalaman menunjukkan guru tak bersalah, kementerian kena counter balik.. bukan diam jer.. mesti tunjuk kementerian hargai dan sokong guru..

Anonymous said...

banyak2 cerita keluhan yg didengar adalah "melayu melayu yg buat kerja ni nampak tak dihargaai". kemapa tak difikirkan dan disetkan dlm kepala otak tu buat kerja bagi betul betul niat kena betul pasti ada ganjarannya. kerja bukan buat free pun, semua ada gaji, cukup bulan cucuk atm. jangan nak harapkan glemer jer bila buat keja tu . tak kira lah si pemimpin ker atau yg di pimpin!!

Anonymous said...

Memang banyak kakitangan kerajaan sokong Pakatan walhal pakatan bukan bersih pun tapi terikut-ikut tak tenguk sama ada perkara tu betul atau tidak, kerajaan pun kena bersih kakitangan yang cakap politik banyak daripada buat kerja serta kerajaan sendiri pun kena tenguk diri sendiri juga.

Anonymous said...

nak buat camana Umno kena terima hakikat guru memang ramai pembangkang.. brsyukurlah.. terima qada & qadar... sy dari kena posting d skolah cina smpai la kena tukar skolah cemerlang tetap mmbangkang kerajan Be End.. terima kasih Be End mu..

Anonymous said...

sayapun guru serta menjadi penyokong UMNO dan BN yang setia. Kami tidak bodoh dan kami tidak akan sesekali menyerahkan negara ini kepada DAP yang amat nyata anti islam dan melayu. Fakta ini mereka tidak boleh sangkal lagi. apapun memang benar lebih 50% guru kini bersama PAS tetapi tidak bersama DAP atau PKR. itu saya amat pasti. kekadang guru banyak bercakap tentang keburukan kerajaan tetapi sebenarnya mereka tidak menyokong pembangkang. cuma guru bangang dan lupa daratan sahaja yang sokong pembangkang. apa yang perlu dan amat diperlukan adalah PM serta TPM kena selalu turun padang sendiri bertanya khabar serta mendapatkan input yang sebenar dan sahih apa permasalahan guru. ini tidak asyik duk dengar punahsihat sahaja yang sebenarnya kuat pengampu. HIDUP UMNO UNTUK ISLAM DAN MELAYU...

Anonymous said...

Satu sebab yang mungkin....

Golongan GURU tak berpuas hati dengan Gred Gaji.....

Tak lain tak bukan...adalah hal Duit yang tak pernah CUKUP-CUKUP.....

Aku pun berstatus GURU jugak.....dah hampir 15 tahun....Bukan Salah Dasar dan Pentadbiran Kerajaan....

Orang yang tahu bersabar je ...yang sukla menyalahkan pihak lain.....nak hidup mewah kenalah kerja sendiri/berniaga....

Tugas GURU adalah mendidik dan gaji telah ditetapkan... tak paksa pun jadi guru/kerja dengan kerajaan....kalau dapat biasiswa dulu pun....ada tempoh perkhidmmatan wajib....
Aku dah merasai biasiswa untuk 7 tahun pengajian...tempoh perkhidmatan wajib pun ( dalam kontrak selama 7 tahun ) tapi aku memilih berkhidmat hingga pencen...


Anonymous said...

Saya berpendapat perlu siasat kesahihan fakta. Kalau guru-guru aliran agama, mungkin besar berpihak kepada pembangkang.

Anonymous said...

KEBANYAKKAN ORG YG SOKONG PEMBANGKANG NI ADA MASALAH DISIPLIN DAN MORAL YG TAHAP KRONIK. JIKA TIDAK MACAM MANA BOLEH SOKONG PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA & NEGARA UNTUK DIJADIKAN PEMIMPIN. PIHAK KERAJAAN TOLONG BUAT PEMANTAUAN DARI SEGI DISIPLIN DAN MORAL MAHUPUN DARI SEGI MANA YG MERENCATKAN PEMBANGUNAN INSAN. LAGI SATU YG SAYA DGR PERKERJA KERAJAAN DIJANJIKAN IMBUHAN LEBIH BAIK JIKA MEMILIH PEMBANGKANG. INI ADALH SATU PENGKHIANAT SEBAB SIFAT YG TIDAK BERSYUKUR BERADA DIDALAM MAKHLUK SEBEGINI MMG MENJADI PUAKA KPD KITA.

Anonymous said...

bukan salah menteri tapi individu yg tak penah puas dgn apa yg ada tamak dalm dri tak pernah habis, bukan setakat guru tp juga kakitangan awam yg lain. smua gitu sbb selesa sgt tu mulut tak henti salah sana sini...sakit hati tgk.... sy rs kerajaan kena bertegas dlm hal ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...