Malangnya Nasib YB PKR DUN Sungai Bakap Sorang Ni..
Aku sebagai anak jati Pulau Pinang dan DUN Sungai Bakap serta memang bergiat dalam politik secara ikhlas ingin memaklumkan bahawa aku langsung tidak pernah kenal dan dengar nama Timbalan Ketua Menteri 1 yang baru iaitu Rashid Hasnon ini. Tiba-tiba saja muncul dan kerana undi cina hanya kepada PR maka dia pun menang kerusi DUN Pantai Jerjak.
Secara peribadi aku katakan bahawa perlantikan dia sebagai TKM1 hanya untuk menunjukan yang DAP masih bukan parti yang anti melayu. Jika DAP khusus nya Lim Guan Eng iklas kenapa tidak lantik Ustaz Makhtar Shafie ADUN PKR Sungai Bakap menduduki kerusi tersebut atau sekurang kurangnya melantik Ustaz menduduki kerusi EXCO? Ustaz Makhtar sudah 2 penggal menjadi ADUN.
Ustaz Maktar bukanlah seorang yang tidak berpendidikan kerana beliau mendapat pendidikan ijazah sarjana Muda dari sebuah universiti di Mesir dan berpengalaman menjadi pendidik selama puluhan tahun di bawah kerajaan BN serta jawatan terakhir adalah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan. Tapi malangya dia ni seorang kacang yang lupakan kulit. Mula bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1999 dan 2004 namun tewas tetapi atas semangat yang tak pernah padam beliau menang pada 2008 dan 2013. Namun kesetiaan beliau tidak dihargai langsung oleh pucuk pimpinan PR.
Ustaz Maktar telah berjaya menawan DUN Sungai Bakap dengan menewaskan 2 jaguh UMNO Nibong Tebal. Pada PRU ke12 Ustaz menewaskan Dato Seri Abdul Rashid Abdullah yang mana ketika itu merupakan TKM dan pada PRU13 sekali lagi menewaskan orang kanan UMNO iaitu Naib Ketua Bahagian iaitu Hj Mohd Foad Mat Isa. Semua ini berlaku kerana undi orang cina yang menyebelahinya. Kalau tidak jangan haraplah nak menang kerana majority melayu DUN Sungai Bakap masih sayangkan UMNO Barisan Nasional.
Sebagai wakil PKR untuk 2 penggal maka seharusnya Ustaz Maktar diberi jawatan dalam kerajaan PR di Pulau Pinang. Ini tidak berlaku, DAP telah melantik 2 orang wakil PKR yang hanya baru memenangi kerusi DUN untuk jawatan TKM serta EXCO. Rashid sebagai TKM dan Dr Afif ADUN Seberang Jaya yang masih hingusan pula dilantik sebagai exco. Malang betui nasib YB Makhtar.
Nampak sangat yang DAP khususnya Guan Eng tidak suka pada mereka yang kuat agama dalam barisan kepimpinannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Buat camna..
Depa ni pecacai dap yg setia
Nk melawan pun takut kena jerkah..
Redha sajalah ustat maktar tu..
Dlm hati menangis tuhan sj yg tahu..
Post a Comment