Peserta himpunan haram 'Black Out 505' heret anak kecil!



Peserta perhimpunan 'Black Out 505' seolah-olah tidak peka dengan keselamatan anak-anak mereka apabila kanak-kanak di bawah umur 12 tahun turut dibawa memenuhi Stadium Batu Kawan yang menjadi lokasi perhimpunan itu di sini malam tadi.

Malah, lebih teruk lagi ada juga ibu bapa yang turut membawa anak mereka yang masih bayi untuk bersama berhimpun kononnya membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dikatakan tidak bersih.

Keghairahan ibu bapa yang begitu taksub untuk berhimpun itu juga dilihat sanggup menggadaikan keselamatan anak-anak mereka apabila sanggup berjalan sejauh hampir tiga kilometer menyusuri bahu jalan yang padat dengan kenderaan terutamanya motosikal peserta lain.

Selain itu, sikap sambil lewa ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka itu juga jelas kelihatan apabila ada ibu bapa membawa anak kecil mereka menaiki motosikal tanpa mengunakan topi keledar dan berhimpit dengan puluhan motosikal lain yang menuju ke stadium berkenaan.

Malah, tidak cukup dengan itu, ada juga penunggang motosikal yang tidak menghiraukan keselamatan penguna jalan raya lain apabila mereka turut membawa bendera parti pembangkang yang diikat pada kayu dan dikibar di atas motor bergerak

1 comment:

Anonymous said...

Begitulah kalau perhimpunan HARAM tu hanya HARAM atas kertas.

Sekadar dapat AMARAN tak sakit pun.. tak rasa apa-apapun..

Kalau kat US, budak2 tu dah pasti akan diambil oleh Jabatan Kebajikan (Children Social Services) kerana ibubapa mereka telah masuk kategori 'unfit parents'.

Kat Malaysia ni, ikrar utk menjaga kebajikan kanak-kanak sekadar atas kertas je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...