Masihkah Anda Ingin Menikmati Hidangan Ayam Dari Pembekal dan Restoran Ini?

Aku pernah muatkan satu artikel pasal paparich di SINI bagaimana pekerjanya jenis makan katak.

Petang ni Admin kongsikan pengalaman kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna dan JAKIM yang membuat operasi di pusat sembelihan ayam yang membekalkan ayam kepada peniaga.

 Banyak berlaku pusat sembelihan ayam tidak mengikut cara Islam, kebanyakan pusat sembelihan seperti ini dimiliki oleh peniaga bukan Islam, perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu.

Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan. Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, ramai orang yang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makanlah bangkai.

Ayam yang sembelih dan tidak sembelih mereka campur kan sekali. Ada yg cucuk kemudian campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati, ada yang tak cucuk langsung, hidup-hidup dia masukkan dalam air, dicelur supaya mati dan cepat prosesnya.

Bila di tanya kenapa buat gitu, katanya Tokeh suruh buat dan cepat. Ada juga pusat sembelihan ayam yang dibina hampir dgn kandang dan pusat sembelih babi contohnya Kim Foog Trading - pembekal ayam restoran paparich, sekarang masih bkerjasama atau tidak, admin tak tahu, sbb mmg xmkn kat kedai non bumi.

 Sebagai peniaga dan pembeli Islam, kita wajib ambik serius perkara ni, jgn ambik mudah. Jgn ckp semua serahkan pada pihak brkuasa, admin akui pihak berkuasa punya bnyk kekurangan yg perlu diperbaiki, tp kita juga harus mainkan peranan demi utk pastikan apa yg masuk dlm perut kita dan kekuarga dr sumber yg halal.

 Peniaga jgn beli dr pembekal bukan islam, pembeli jgn mkn dikedai yg diragui status halalnya (pemilik kedai bukan islam).
 Harap info ni bermanfaat utk semua.- Jihad Ekonomi Pilih Kedai Islam

3 comments:

Anonymous said...

Kedai tu ada tanda halal JAKIM kan? Jadi JAKIM tak nak siasat ke?

Anonymous said...

Sama macam cek lori kat puspakom juga kot. Masa hantar sia orang tukar enjin lain. Lepas lulus, tukar balik enjin lama. Enjin yang elok tu masuk dalam lori lain yang nak dihantar ke puspakim.

Jakim dah siasat masa bagi sijil halal. Lepas tu pembekal buat macam biasa.

Sekarang tanggungiawab kita untuk BOIkOt!!!!!

Anonymous said...

Salah kita jugak. Janganlah harapkan JAKIM saja. Kedai makan Islam banyak tapi nak makan kedai bukan Islam jugak. Walaupun ada Sijil Halal tapi boleh ke kita percaya mereka betul-betul taat mengikut hukum syarak Islam bukan saja dari segi sembelihan tapi jugak kelengkapan dapur yg tak boleh bercampur guna-pakai utk masak daging mughalazah. Manalah tahu kot-kot taukenya pinjam bawa balik rumah kejap periuk ke, sudip ke, pisau ke lepas tu guna balik di kedai.

Makcik saya pun ada restoran, pernah dia nak buat jamuan di rumah sendiri, dia ambik periuk besar dari kedainya kejap utk masak, dah guna periuk tu dihantar ke kedai balik. Tapi tak kesahlah sebab kami Islam. Tapi yang lain-lain tu cam mana????

Halal itu Fardhu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...