Pak Lah bangun jelaskan masalah tidurnya..


Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikritik atas kecenderungan terlelap dalam majlis akhirnya tampil menjelaskan punca kejadian itu.

Dalam buku baru mengenainya Awakening, the Abdullah years in Malaysia (Kebangkitan, tahun-tahun Abdullah di Malaysia) beliau mendedahkan, beliau sebenarnya menderita masalah kesihatan dikenali "apnea tidur".

Abdullah, yang menulis menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada 2003 berkata, beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan apabila bekas isterinya Endon Mahmood dan rakannya memaklumkan perkara itu.

"Isteri saya ketika itu, kakitangan dan rakan terdekat memberitahu bahawa saya ada kecenderungan untuk terlelap.

"Saya kemudian berunding dengan rakan baik Dr Balvinder di Putrajaya yang kemudiannya mencadangkan untuk membuat kajian pada tidur saya," tambahnya.

Abdullah (kiri) juga berkata, masalah apnea tidurnya dalam keadaan bahawa dan penghidap masalah sama terlelap ketika memandu kenderaan.

"Doktor memberi amaran supaya saya mengambil serius masalah itu. Saya kemudiannya terbang ke Australia (pada 2007) untuk pembedahan membuang polip dalam hidung yang menyebabkan masalah pernafasan," jelasnya.

Buku itu akan berada dalam pasaran bulan ini, Abdullah dijadual melancarkannya. 

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Dah tahu berpenyakit, letak le jawatan.

Dah tahu berpenyakit, kenapa sekarang baru nak bagi jawapan...baru dapat idea ke?

Perkara bodoh yg telah dilakukan dulu janganlah pula sekarang nak beri jawapan yg sama bodoh.

Sekarang ni, nak tidor sepanjang masa pun org dah tak kesah...

Labu8455 said...

Pak Lah cuba membersihkan pekong yang penuh dalam diri dan keluarga sendiri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...