Terkini kisah Pakcik Azman Pengawal Keselamatan Lapangan Terbang


Masa minum petang tadi kat Mamak Shaaz, Subang Perdana, terjumpa pakcik guard Encik Azman ni. Dia minum kat meja sebelah, dia datang kemudian, masa saya dah habis minum. Walau dia tak kenal saya, dia pandang saya dia senyum. Saya datang tegur dia, mulut beliau tak lekang dari sebut nama Allah. Tutur kata lembut tapi tegas. Murah senyuman.

Pakcik Azman cerita pasal kes tu dari A-Z. Rasanya tak perlu saya cerita semula, sebab semua dah tahu kisahnya yang tersebar di internet. Berpeluang juga saya dengar dari mulut dia sendiri. Pada usia hampir 60 tahun, beliau masih menyewa rumah di Kg Melayu Subang, terserlah kehidupannya yang susah, tak seperti orang lain seusianya yang memiliki rumah sendiri. Saya support Pakcik Azman..!!

p/s: sesiapa yang nak beri bantuan kepada beliau, atau beri bantuan kewangan untuk bayar lawyer (wanita itu dah bawa kes ke mahkamah, pakcik ni perlu lawyer untuk bela diri), atau mana2 lawyer yang nak bagi bantuan guaman percuma, boleh bank-in dalam akaun yang tertera di bawah.

UPDATE (9:26PM): Alhamdulillah ada seorang hamba Allah yang nak jadi peguam bela secara percuma kepada pakcik ni..!!

UPDATE (11:20PM): Ada dua orang lawyer sudi jadi lawyer pemerhati yang akan duduk dalam mahkamah nanti di kerusi awam 



-sumber

9 comments:

mk said...

Simpati benar aku dengan nasib pakcik ni. Apa pun pakcik tak perlu bimbang kerana ramai rakyat Malaysia yang bersama dengan pakcik.

Anonymous said...

Apa! SIMPATI aja ke?RM?

Anonymous said...

RM tu nanti suami dayus betina tu yg akan bagi

Anonymous said...

In Sha Allah, yang hak akan mendapat kemenangan, yang bathil akan kerugian besar....

Anonymous said...

Allah akn bersama hambaNya yg teranaya....

Anonymous said...

Jangan bimbang pakcik soal loyar kami akan bantu pakcik.Kepada isteri mat yo siaplah kau menghadapi saman berjuta juta ringgit nilainya kerana memuatnaik gambar orang tampa kebenaran dan menghina serta memalukanya dimidia social

Anonymous said...

Mengalir airmata baca ksh pakcik ni...Maybe org yg x tau nilai kemanusiaan sanggup buat mcm ni...Kalau x ada org bgtau, agaknya pakcik ni x kan tau yg dia dianiaya mcm ni... x sempat rasanya pakcik ni nak berFB... Apapun, harap pakcik tabah menempuh semua ni....

Anonymous said...

kasi ajar pompuan mcm tu.dia ingat duit segalanya.sebelum ni digelarnya orang anjing.dengan bulu kening bercukur mcm nyonya tepi tangga ja.laki bini sama ja,manakan tidak dicampak pingat naib juara dalam tong sampah.dia ingat dia pro mcm player english ka?

Anonymous said...

Takpe pakcik... Kitorang Rakyat Malaysia yg duk kerja di Timur tengah lah ni boleh Bantu ..
Alahhh... Setakat Pompuan rasa bangga sgt pasal laki dia tu kitorang kaum hawa kat sini tak heran pun laki ko gaji byk tu. laki Aku kata gaji mat Yo celah gigi Aku je..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...