Kisah sebenar di sebalik gambar ini..
Seorang India masuk lslam meninggal d hospital lpoh. Keluarga bawa ke rumahnya utk upacara Hindu. Jemaah masjid datang beritahu mendiang telah masuk lslam dan ingin buat tahalil. Mereka dibenarkan buat tahalil. Anaknya janji hantar balik hospital besok utk kebumikan cara lslam. Maka pegawai hospital telefon kata hospital akan uruskn mandi n sembahyang dan kebumikan di Gurap. Semua perbelanjaan telah dibayar anaknya ke hospital.
Ada saksi yang telah melihat sendiri apa yang terjadi pada si mati ini.beliau di beritahu pada pihak hospital.mayat ini adalah seorang hamba allah yang islam agama nya.dan pihak keluarga si mati tidak tahu pada yang bapa nya telah memeluk islam sebelum mati.dan kepada yang mendegar khabar angin di harap jgn mengangap yang duduk.di hadapan si mati itu adalah yg bersalah kerana beliau yang hadir datang untuk membuat tahlil di sana.semoga apa yang kalian semua lihat dan dengar tolong jgn menhukum dan menuduh kerana jemaah ini yg bertungkus lumus untuk menyelesai kan pemkebumian si mati.jenazah beliau di kebumi kan pada semalam:16/10/2013.jam4.15..di tanah perkuburan jalan kuala kangsar ipoh perak.di gurap.mari la kita semua yang beragama islam dan sedekah kan al-fatihah semoga roh nya di tempat kan di kalangan org2 yang beriman.
Bagi pendapat aku, keluarga Allahyarham tidak perlu disalahkan, kerana daripada pengamatan, mereka tidak mengetahui Allahyarham telah kembali kepada Islam di saat-saat akhir. Malahan, sepatutnya keluarga Allahyarham harus dihormati kerana apabila mengetahui situasi sebenar, anak Allahyarham sendiri yang mengeluarkan perbelanjaan untuk pihak hospital menguruskan jenazah mengikut keperluan Islam. Cuma mungkin sedikit teguran buat kepada pihak yang kabur dengan gambar ini,rasa-rasanya boleh gantikan perkataan mendiang tersebut dengan Allahyarham. Gambar diambil ketika jenazah berada di rumah keluarganya sebelum dihantar ke hospital. Sebab tu masih dalam keadaan upacara Hindu, kerana keluarga allahyarham hanya mengetahui situasi sebenar ketika upacara hampir bermula. Al-fatihah saya sedekahkan buat Allahyarham, takziah buat keluarganya, dan syukur Alhamdulillah jenazah Allahyarham dapat disempurnakan mengikut ajaran agama dan sanjungan tinggi buat anak Allahyarham yang menghormati Islam dengan menghantar kembali jenazah ke hospital untuk diuruskan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Penulis blog Taiping Mali aku rasa memang buat posting hanya hentam kromo tanpa mendapatkan kesahihan bukti. Dalam postingnya berkenaan gambar diatas hanya tajuk dan gambar sahaja. Tajuknya pula mencemuh kepada golongan lain dengan hentam ikut kehendak hatinya. Postingnya hanya gambar dan tajuk "Bila Pas Dah Jadi Liberalisma Inilah Jadi Nya" Tapi bila aku check pada hari ini dia sudah edit dibawah postingnya menutup akan kelemahannya menerbitkan berita. Tapi semalam dibawah gambar tiada sepatah pun perkataan. Terima kasi kepada penulis blog Panggung Opera kerana memberikan penjelasan dan dapat menghindarkan kekeliruan
Pada pandangan saya admin blog ini juga tidak gentleman kerana komen perlu ditapis. Biarkanlah orang nak komen apa dan selepas itu deletekan kalau komen tersebut rasa terhiris membuat hati lika.
Post a Comment