Terkini! Jawatan Setiausaha Agong DAP Yang Dipegang Oleh Lim Guan Eng Tidak Sah!!


Sebentar tadi, Sdr Zulkifli Mohd Noor bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengadakan sidang akhbar untuk membuat perbetulan dan teguran terhadap desakan yang di buat oleh NORLIZA ABDUL RAHMAN , KETUA WANITA UMNO PULAU PINANG supaya Jawatankuasa Displin Parti DAP mengambil tindakan terhadap LIM GUAN ENG selaku Setiausaha Agong Parti DAP atas kenyataan "NENEK RASIS" adalah tidak tepat dari segi teknikal. 

Sebab pertama adalah mengenai LIM GUAN ENG sebagai Setiausaha Agong masih belum diiktiraf oleh pihak ROS. Maka itu status LIM GUAN ENG adalah sama seperti ahli-ahli DAP yang lain. Buat ketika imi LIM GUAN ENG bukan Setiausaha Agong DAP

Sebab kedua adalah mengenai status Jawatankuasa Displin DAP yang dianggap tidak sah sejak 15 NOVEMBER 2012. Oleh sebab status dan kesahihan CEC diragui dan masih belum diiktiraf oleh pihak ROS. Buat ketika ini Jawatankuasa Displin Parti DAP tidak mempunyai kuasa.

Jika Pn.Norliza tidak percaya kepada apa yang Sdr Zul katakan ini Puan bolehlah tanya ROS

Perkara ini semua peguam di Negara ini tahu bahawa mengikut Akta Pertubuhan 1966. Pihak DAP perlu dapatkan CEC diiktiraf dari pihak ROS baru boleh bergerak sebagai satu badan yang sah.

Saya juga telah mengeluarkan nasihat dan peringatan dari masa ke semasa untuk parti DAP mematuhi Perlembagaan Parti dan Undang-undang Negara. Malangnya sampai hari ini parti DAP masih berdegil dan ingkar mematuhi . Kesudahannya hingga hari ini DAP tidak mempunyai pemimpin yang sah disemua peringkat. Apa juga arahan dan keputusan yang dibuat oleh sekumpulan ahli tertentu dianggap tidak sah.

Sebagai contoh :-

Menerima kemasukan ahli-ahli baru
Membuka Cawangan baru 
Mengadakan Konvensven Negara
Mengeluarkan Wana dan Akaun yang sedia ada .
Mengambil tindakan tatatertib atau displin
Mengeluarkan surat tunjuk sebab atau menyingkir ahli
Melantik ahli dalam Jawatan tertentu dalam parti. Kerajaan Tempatan,Negeri dan Pusat 
Mengeluarkan Watikah untuk Calon-calon Pilihanraya.

Pada kesimpulannya semua keputusan dan arahan yang dibuat selepas 15 DISEMBER 2012 adalah dianggap tidak sah selagi tidak mendapat pengiktirafan dari pihak ROS. 

Beliau mohon semua pihak membuat rujukan terhadap Jawatan -jawatan biarlah yang rasmi dan betul serta tidak mengelirukan rakyat. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...