Cikgu Gila! Pelajar Cacat Penglihatan Dihentak Kepala Ke Meja Sehingga Tertanggal Tudung.
Shah Alam: “Kepala saya dihentak kuat lebih empat kali ke meja selain dicubit dan dipukul hingga lebam di lengan,” Kata pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, didakwa menjadi mangsa dera seorang guru di Sekolah kebangsaan Seksyen 20, di sini, Khamis lalu.
Menurutnya, insiden jam 12.15 tengah hari itu bermula apabila dia tidak dapat menjawab soalan yang ditanya guru berkenaan. “Kepala saya pening dan rasa macam nak pitam selepas dihentak. Tudung saya juga tertanggal ketika kejadian itu, tapi cikgu terus memukul menyebabkan lengan saya lebam,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.
“Saya kini trauma dan takut untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin. Wan Nur Dania berkata, dia tidak tidak memberitahu sesiapa dan hanya mendiamkan diri ketika pulang ke sekolah jam 2.30 petang.
“Sehinggalah keesokan hari, saya beritahu ibu dan bapa,” katanya. WAN Nur Dania menunjukkan kesan lebam pada lengan kiri. Berikutan kejadian itu, bapanya, Wan Rohaizit Mohd Zain, 37, membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang, selepas membawa anaknya menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.
Wan Rohaizit berkata, sehari selepas kejadian itu dia ada bertemu guru yang dimaksudkan anaknya itu, tetapi cikgu terbabit memberikan alasan itu adalah teknik pengajaran yang berkesan untuk mendidik pelajar supaya cepat pandai. Sehubungan itu, dia dan isteri membuat laporan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Update; Guru terus tukar sekolah Shah Alam:
Seorang guru yang didakwa memukul seorang pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, akan dikenakan tindakan awal dengan ditukarkan ke sekolah sekitar Selangor dalam masa terdekat.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, siasatan lanjut sudah dijalankan dan pihaknya sudah memanggil guru terbabit.
“Guru itu mengakui menghentak kepala selain mencubit hingga lebam lengan pelajar itu,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
maaf cakap la..bangang apakah ini kata hentak kepala bleh bg pandai..tak tahu kah dia gegaran otak leh bg mcm2 implikasi...tahukah dia kanak2 tu adalah Orang Kelainan Upaya...
tukar sekolah? bg aku..org mcm ni..buang kerja...harap kes polis bleh menyebabkan cikgu2 mcm ni dipenjara...
-smh-
buang je la org mcm ni...guru mcm ni hanya menjadi duri dlm daging kepada profesion keguruan negara..ada bnyk lg guru muda yg layak menggantikan tempat guru 'gila' ini
ada cikgu garang...macam orang gila, Ada cikgu tua...lembab nak mampus,...ada cikgu muda.....pemalas nak mampus....ada menteri pendidikan,...tak guna satu sen pun,....ada murid,...bodoh dan malas nak mampus....ada ibu bapa......berlagak pandai tapi bangang didik anak.....jadi...apa nak jadi dengan Malaysial ni !semuanya pegi mampuslahhhh..
cikgu sekarang menjadi guru sbb tidak ada pilihan paksaan keluarga dan gaji guru yg menarik bukannya berminat nak jadi guru sebenarnya..jadi tidak hairanlah kalau murid jadi mangsanya terutamanya jika siguru tu ada masalah keluarga...seeloknya guru seperti ini disuruh berhenti saja...
kenapa guru kalu ada kes mesti tukar sekolah aje? kenapa kalau murid kena buang sekolah? kenapa kalau swasta terlupa senyum kat pelanggan pun dah kena mcm2 tindakan disiplin? sampai ada yg dipecat??
panas hati aku baca nih...apasal SPP tak buang cikgu ni huh? aku yang tak ada kes pun senang aje kena buang kerja??!!! spekulasi memanjang fitnah aku gila sakit mental padahal aku dengan anak murid aku selamber gelak gelak dalam kelas belajar sungguh sungguh aku ajar...aduhai!!! Sialan loh SPP!!!
Cara minta tukar keluar ke sekolah lain.Cara rasmi mungkin tak dapat,jdi buat cara nie le...cpat dpat.Teknik baru.Apa barang... klau setakat tukar kwasan dkat je.Antar la pi sbah/serawak sana.
Post a Comment