Apakah #MH370 Dirampas seperti filem 'Non Stop'??


Oleh Melati Pusaka

Hari ini masuk hari ketujuh misteri kehilangan pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sehingga sekarang pesawat itu masih belum ditemui dan apabila ia ditemui, kotak hitamnya akan merungkai segala jawapan sama ada ia dirampas atau tidak seperi yang berlaku dalam filem “Non Stop”.

Saya berpeluang menonton filem Non-Stop  malam tadi di sebuah pawagam di One Utama. Filem itu lakonan Liam Neeson sebagai William “Bill” Marks;Julianne Moore (Jen Summers);Michelle Dockery  ( Nancy Hoffman);Nate Parker ( Zack White);Linus Roache  ( Kapten David McMillan);Scoot McNairy  (Tom Bowen);Corey Stoll  ( Austin Reilly);Lupita Nyong’o  ( Gwen Lloyd);Anson Mount ( Jack Hammond);Omar Metwally  (Dr. Fahim Nasir); Jason Butler Harner  ( Kyle Rice);Corey Hawkins (Travis Mitchell); Frank Deal  ( Charles Wheeler);Shea Whigham  ( Agent Marenick) dan Bar Paly ( Iris Mariannei).

Bill Marks (Liam Neeson) adalah seorang pemabuk bekerja sebagai air marshall Amerika Syarikat. Anak perempuannya meninggal dunia ketika berusia lapan tahun. Setelah bercerai dengan isterinya, dia bekerja sebagai air marshall walaupun di tak suka naik kapal terbang, setelah dipecat dari jawatan polis.

Dalam penerbangan tanpa henti dari New York ke London dengan British Aqualantic Penerbangan 10, Marks duduk di sebelah Jen Summers (Julianne Moore). Di tengah Lautan Atlantic, Marks menerima sms dari nombor yang tidak dikenali yang mengatakan seseorang akan dibunuh setiap 20 minit kecuali wang sebanyak USD150 dipindahkan ke dalam akaun banknya.

Mark menghubungi Jack Hammond (Anson Mount) seorang lagi  marshal udara yang berada dalam penerbangan itu..
Hammond didapati menyeludup dadah dalam begnya yang menyebabkan Marks terpaksa membunuhnya dalam tandas yang mana tepat 20 minit selepas menerima sms pertama daripada orang yang tidak dikenali.

Marks terus sms dengan penumpang yang tidak dikenali sambil meminta pertolongan kru penerbangan dan Summers untuk mengenal pasti siapa pengirim sms itu, Genap 20 minit, Kapten David McMillan (Linis Roache) pula tiba-tiba meninggal dunia kerana keracunan.

Penumpang yakin Marks yang merampas kapal terbang itu kerana setelah disiasat, akaun bank yang diarah pindahkan wang itu adalah akaun bank Marks. Pada masa yang sama ada penumpang yang mengambil gambar Marks yang bertindak secara kasar kepada para penumpang dihantar kepada Youtube.

Juruterbang kedua, Kyle Rice (Jason Butler Hamer) diarah oleh TSA supaya jangan pedulikan Marks yang suruh Rice mendarat di Iceland, lapangan terbang terdekat. Marks suruh White (Nate Parker) mengodam hand phone orang yang menghantar sms kepadanya. Apabila telefon bimbit itu berbunyi, Marks tahu orang itu yang menghantar sms kepadanya dan orang itu berkata dia tidak pernah tengok telefon tangan itu dan dia mati sama dengan cara kapten mati kerana keracunan.

Ketika Marks merokok dalam tandas, Marks dapati ada lubang di dinding tandas yang membolehkan seseorang menembak kapten dengan dart beracun, kerana penumpang yang hantar sms kepadanya ditembak dengan dart beracun juga.

Marks rampas kapal terbang

Ketika Marks dan Summers cuba berhubung dengan telefon tangan penghantar sms yang sebenar, ia menghantar mesej kepada TSA yang mengatakan Marks merampas kapal terbang dan cuba meletupkan kapal terbang itu. Marks menggeledah beg Hammond dan dapati dalam dadah itu ada bom, Marks cuba menyelamatkan kapal terbang itu dengan mengarahkan Rice supaya menurunkannya kepada 8,000 kaki untuk menstabilkan tekanan udara dengan meletakkan bom di hujung kapal terbang dengan mengalihkan penumpang ke bahagian hadapan.

Dalam suasana ini media menyiarkan berita secara langsung yang mengatakan kapal terbang itu sedang dirampas oleh Marks. Marks menerangkan keadaan sebenar bahawa dia bukan pengganas yang merampas kapal terbang itu tetapi mahu menyelamatkan kapal terbang yang diancam dengan bom.

Ketika melihat klip video yang diambil oleh seorang penumpang, Marks dapati Tom Bowen (Scoot MacNairy) yang meletakkan telefon tangan ke dalam poket baju penumpang yang mati keracunan tadi. Ketika itu baru Marks tahu bahawa Bowen dan White adalah bekas tentera yang cuba memerangkap Marks sebagai pengganas.

Bowen bersedia untuk mati dengan kapal terbang itu dan menembak rakannya White yang mahu terjun dengan payung terjun. Marks tembak Bowen dan apabila White tersedar dari pengsan, White menyerang Marks dengan pisau. Pada masa yang sama bom meletup dan Marks sempat berlari ke bahagian hadapan kapal terbang.

Rice berjaya melakukan pendaratan kecemasan di Iceland selepas bom meletup tanpa mengendahkan arahan kapal terbang pengiring supaya jangan turun ke bawah. Marks dipuji sebagai hero yang menyelamatkan kapal terbang itu dan filem itu berakhir dengan Marks dan Summers meneruskan perhubungan mereka.

Pada keseluruhannya, filem arahan Jaume Collet-Serra memang penuh dengan saspens. Filem yang menelan belanja sebanyak USD50 juta itu kena pada masanya ditayangkan di Malaysia serentak dengan peristiwa kehilangan MAS pada 8 Mac lalu.

Apakah rampasan seperti dalam filem Non Stop berlaku pada MH370 itu? Bezanya dalam filem Non Stop, Liam Neeson berjaya menyelamatkan kapal terbang British Aqualantic itu tetapi MH370 tidak berjaya diselamatkan. Kalau Liam Neeson berada dalam MH370, mungkin kapal terbang itu tidak hilang.

Apabila kotak hitam MH370 ini ditemui, barangkali Hollywood boleh menerbitkan filem yang merungkai misteri kehilangan kapal terbang tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...