Kisah Benar Yang Tak Disangka Ustaz Terkemuka Dengan Ketua Pramugari Pesawat Boeing 777

Dikala ramai yang bersoal jawab mengenai kehilangan MH370, izinkan saya (Ustaz Farid) berkongsi sebuah dialog yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010.
Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Mas Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat.
Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang ” Welcome a board sir, have a pleasant trip” atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines yang sambut saya pada ketika itu, “Assalamualaikum Ustaz”, saya jawab “Waalaikum salam”.
Agak terkejut, berkata dalam hati “mak ai akak tu kenal aku la…” Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari agama, sesat, tak sempurna iman… dan macam-macam lagi.
Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata “Ya Allah berilah hidayah kepada mereka ni”… Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya diberi minuman ringan… pastinya “Guava Juice ” pilihan ku dulu kini dan selamanya. Bila dah take of, ” Teh Tarik”… kena pulak duduk di window seat… sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesar Allah swt. Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit, Ketua Pramugari Malaysia Airlines MAS yang mula-mula sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum…saya pun balas senyum, dialognya begini;
Dialog Perbualan Ustaz Farid Ravi Dengan Pramugari Pesawat Boeing 777
Pramugari: Assalamualaikum Ustaz,
Saya: Wa alaikumsalam, yea.
Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz…
Saya: Tilawah Interaktif ka?
Pramugari: Yea Ustaz.
Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.
Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh.
Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar)
Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan.
Pramugari: Ini no saya ustaz… tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)
Selepas Pramugari Malaysia Airlines MAS itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini.
Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew Malaysia Airlines MAS telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dalam perjalanan yang agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada saya untuk kepastian dan penjelasan.
Moral of story “JANGAN BERSANGKA BURUK DGN ORG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORG DARI ZAHIRNYA”.
Nukilan : Ustaz Farid Ravi
P/S: Cumanya ada sedikit pembetulan di situ, mungkin Ustaz Farid Ravi tersilap. Ini kerana penerbangan sekadar laluan Singapura – Kuala Lumpur tidak pernah menggunakan B777-200 Ustaz. Hanya B737-400 atau B 737-800 sahaja. Walaubagaimanapun, pengalaman dan artikel yang Ustaz Farid Ravi kongsikan adalah sangat baik utnuk dikongsikan bersama…

5 comments:

Anonymous said...


Kadang2 ada juga MAS guna Boeing 777-200 utk sektor Kuala Lumpur-Singapura. Saya pernah menaiki pesawat ini untuk sektor tersebut

Anonymous said...

Saya pernah menaiki pesawat Triple-7 dari KLIA ke Pulau Pinang bersama cucu sekali, er.... maksudnya satu kali.

Anonymous said...

Bersangka baik, jgn berprasangka buruk, jgn menghina dan mencela, jgn mencari cari cela dan salah, jgn umpat mengumpat, jgn gelar menggelar dgn sebutan yg buruk, antara intisari ayat ayat 11 dan 12 Surah Al Hujurat.

Anonymous said...

Sebenarnya ramai cabin crew yg imanya kuat jati diri islamnya tebal ..cuma terpaksa akur kepada peraturan kerja...

saya kongsikan pengalaman saya ..pada 15 01 2013 saya ke baijing dengan pesawat 777 maybe mh370 sebab waktu berlepasnya sama.....kami dalam perjalanan ke shenyang atas urusan kerja....

Disebabkan waktu tu waktu tidor..naik jee terus tidor...sedar2 cabin crew kejutkan untuk makan.....cuma ambil roti jeee lepas tu sambubg tidor....kejut lagiakan lagi.....kali ini makan juga sebab dekat suboh......

sampai baijing waktu subuh....hati kata tak apalah sembahyang kat terminal...nak turun tu saya lalu ke arah belang pesawat dulu terpandanglah cabin krew tengah sembanyang subuh ada yg lain tengah buka kasut nak berwuduk.....

sampai terminal ...mana ada surau atau tempat sembanyang...jadi hanya sekadar sembanyang hormat wartu.....sebab nak transit ke shenyang......inilah cabin crew yg imanya kuat...

Anonymous said...

Selalu bila kita alim lah kita rasa cukup sempurna....kita utamakan yg luar2 sedangkan hati kita lupa untuk disempurnakan....
Apa yg ustaz ravi alami cuma hidayah dan peringatan Allah supaya perbaiki hati....
Setelah mengenali wanira bettudung labuh yg tak semengah...saya dah tak judge org dengan ukuran pakaian....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...