Malaysiakini cuba memberi imej negatif terhadap Pembantu Juruterbang (Farid) ?


Satu laporan yang muncul di media Australia menggambarkan perspektif berbeza ke atas sikap seorang pembantu juruterbang untuk pesawat MH370, yang masih belum ditemui sehingga kini.

Laporan TV Channel 8 Australia itu menggariskan dengan terperinci tindakan pembantu juruterbang itu, Fariq Abdul Hamid dan rakan-rakannya ketika membantu mengemudi satu penerbangan lain dari Phuket, Thailand ke Kuala Lumpur.

Laporan itu menyebut, Fariq merokok dan berfoya-foya dengan dua orang penumpang wanita di kokpit kapal, ketika pesawat yang dinaiki sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Roos memberitahu rancangan TV A Current Affair bahawa beliau dan Maree turut merakam gambar mereka dengan juruterbang bersama tersebut dalam kokpit.

“Sepanjang penerbangan tersebut mereka berbual-bual dengan kami dan turut merokok ketika dalam penerbangan, yang saya rasa tidak dibenarkan.

"Pada satu masa, mereka turut berpaling ke arah kami sepanjang masa dan berbual dengan kami.

"Mereka sangat berminat dengan perbualan tersebut, dan dia turut memegang tangan kawan saya dan berkata, 'tangan anda sangat berkedut. Itu bermakna anda sangat kreatif' dan turut menegur pengilat kukunya,” kata Roos.

Menurut laporan berkenaan, Fariq mengenalpasti warga Afrika Selatan ketika kedua-duanya sedang menunggu untuk menaiki penerbangan tersebut di lapangan terbang Phuket pada Disember 2011.

Katanya, seorang pramugari menjemput mereka untuk ke kokpit kapal penerbangan Phuket-Kuala Lumpur itu.

Sementara itu, juruterbang pesawat MH370 pula, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, digambarkan sebagai seorang yang amat meminati dunia penerbangan dan turut memasang sistem simulasi penerbangan di kediamannya.-Malysiakini

A.S KATA ADAKAH DARI GAMBAR DENGAN WANITA DI KOKPIT MEMBUKTIKAN FARIQ BERPOYA-POYA? TIADA!
ADAKAH BUKTI JELAS FARIQ MEROKOK SEMASA DI DALAM KOKPIT? TIADA KAN!
KENA PANGGIL SIASAT KEDUA DUA WANITA INI UNTUK MEMBUKTIKAN MEREKA MEMFITNAH!
JELAS PADA AKU INI HANYA SATU USAHA MENCALARKAN LAGI IMEJ MAS.

NAMUN JIKA BENAR SEBAGAIMANA DIDAKWA, MASAKLAH KAU MAS!!!

11 comments:

Anonymous said...

jika benar..nampaknya mas mmg akan kena teruk. patutlah mcm ada yg dirahsiakan selama ini..semua sibuk nak cover bontot masing2..

Anonymous said...

Adakah ini sudah jadi trend pilot2 dalam MAS atau cuma masalah individu?

Anonymous said...

Inilah masalah orang UMNO, dah kena tangkap masih nak spin salahkan orang lain pulak....Giler beb

Asalkan benda tak betul dibongkar, mesti ada bengong macam admin blog ini akan keluar tulis benda bodoh untuk tutup kesalahan dorang.....

Tak akan maju negara in jika orang UMNO ini tak ubah

Anonymous said...

tak ada kena mengena dengan kehilangan MH370

Anonymous said...

Ehem bro 9.10am. FYI kebanyakan staff di MAS adalah pro PR ye bro. Jangan tutup sangat mata dan hati kau tu. Sama gak macam kes staf di Proton. Gaji ambil. Kutuk tetap kutuk. Sekarang ni apa kene mengena UMNO plak dalam kes ni?? Semuanya politik je kau ni kan? Tunggu jela keputusan rasmi siasatan kehilangan flight ni. Jangan kau tambah kusut. Kuat sakit kau ni...

Anonymous said...

X nampak muka Fariq pun gambar dia ngan perempuan tu...lain je gambr dia masa ngan Richard Quest kt CNN

Anonymous said...

Ada lagi gambarnya.. Fariq FO flight ni. Gambar kat atas tu gambar kapten pesawat... Tapi berdasarkan pengamatan gambar diambil semasa pesawat telah mendarat. Ape2 pun kita tunggu jela hasil penyiasatan. Tak payah nak tuding jari kat sape2. Orang Malaysia ni kalau cerita keburukan orang semua dia percaya. Semua dia telah bulat2. Tapi kepada individu yang mereka agungkan dah lain pula nadanya. Fitnah la. Adobe la. Apala.. Harap fahamla ye.

Anonymous said...

Bila berlaku kepada individu yang mereka agungkan.. Tertinggal ayatnya.

Anonymous said...

Orang sekarang dah ketandusan berita. Selagi MH370 tak dapat dikesan, mereka akan korek benda yang macam-macam. DCA kena kembalikan PC setiap dua jam sekali supaya orang ada cerita nak disebar. Walaupun tak ada sebarang perkembangan, setidak-tidaknya footage operasi menyelamat kena siarkan. Mungkin masukkan sekali temubual dengan kapten kapal peronda. Kalau diam saja, inilah jadinya.

Anonymous said...

DEngar-dengar memang biasa macam tu betul ke???? Anon 8.18 asyik UMNO aje, Pakatan baik sangat ke? Dengar kata pilotnya penyokong kuat ....., kesahihannya, Wallahu a'lam.

Anonymous said...

Malaysiakini, kalau apa-apa berita yang boleh memburukkan negara dan orang melayu (pilot) memang terlompat-lompat macam keralah sukanya.
Berita itu pun bukan sahih pun. Apa bukti pesawat itu tengah terbang semasa perempuan tu bergambar. Awan? Kalau kat lapangan tak boleh ambil gambar berlatar belakangkan awan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...