Misteri mengapa telefon bimbit penumpang-penumpang MH370 masih BERDERING?

Telefon sesetengah penumpang dan anak kapal dilaporkan masih berdering ketika dihubungi, sekaligus memarakkan teori bahawa terdapat konspirasi di sebalik kehilangan pesawat MH370.
Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy dilaporkan memberitahu The Strait Times, syarikat dapat mendengar deringan ketika menghubungi telefon bimbit anak kapal selepas kejadian namun panggilan tersebut tidak disambut.
Nombor berkenaan dikatakan telah diberikan kepada pihak berkuasa China untuk tujuan siasatan.
Dalam pada itu, sebuah laman web China turut menyokong dakwaan ini apabila memaparkan pengalaman 19 keluarga yang menyatakan mereka dapat mendengar bunyi deringan ketika menghubungi nombor telefon waris mereka yang menaiki pesawat MH370.
Justeru, anggota keluarga terbabit dikatakan meminta penjelasan sebenar daripada pihak penerbangan yang disangka mereka tidak memberitahu situasi sebenar.
Mereka turut mendakwa, anggota keluarga mereka yang hilang bersama pesawat turut dilihat masih ‘online’ di laman perkhidmatan mesej segera QQ.

Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 sentiasa mendapatkan update terbaru dari media massa.
Susulan itu, keluarga terlibat dikatakan keliru dan menganggap tidak susah untuk mengenalpasti lokasi pesawat jika kedudukan signal telefon bimbit ini diambil kira.
Bagaimanapun, kesemua deringan dan signal online daripada telefon bimbit dikatakan mulai hilang sejak Isnin lalu sekaligus meninggalkan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kian tertekan dan keliru.
Adakah bateri telefon bimbit sudah habis? Atau ia dimusnahkan air masin? Atau mungkinkah ini isyarat biasa yang disebabkan oleh server Internet? Atau pesawat masih ada di satu lokasi setelah dirampas pihak tertentu?

Satu dunia masih menanti jawapannya…  - MyNewsHub

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...