Tahukah Anda Bagaimana Keadaan Ahmad Jauhari? (CEO MAS)


TRAGEDI kehilangan pesawat MH370 pastinya dugaan paling besar buat Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Di dalam pesawat itu ada 12 anak buahnya, manakala 227 lagi adalah penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan nasional menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Siapa pun tidak merancang jauh sekali mahu kejadian seperti ini berlaku, namun takdir mengatasi segala-galanya apabila Boeing 777-200ER itu disahkan terhempas di satu lokasi terpencil di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sepanjang 16 hari sebelum ini termasuk pada sidang akhbar petang tadi, Ahmad Jauhari kelihatan tenang. Dengan penampilan yang amat ringkas, beliau menjawab setiap soalan wartawan tanpa langsung ada unsur untuk menokok tambah jauh sekali mahu mempolitikkan suasana yang amat tegang itu.

Namun, malam ini, keadaan berubah. Beberapa minit sebelum sidang akhbar bermula, beliau dilihat melangkah longlai sambil menundukkan kepala masuk ke dewan dengan wajah yang amat sugul.

Jika kebiasaannya beliau turut berada di atas pentas, kali ini hanya pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Jauhari memilih untuk berada di bawah pentas. Sepanjang Najib membacakan kenyataannya, beliau tunduk. Di sebelahnya, Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.

Sebaik kenyataan mengesahkan pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi, Ahmad Jauhari kelihatan terlalu sedih. Beliau menangis apabila dipeluk oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Sesungguhnya tanggungan perasaan Ahmad Jauhari sangat berat. Tiada siapa mampu menyelami apa yang dirasainya bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Jika kaum keluarga penumpang MH370 kehilangan paling ramai dua ahli dalam tragedi yang menyayat hati itu, Ahmad Jauhari hilang 12 anak buah serentak. Beliau juga kehilangan 227 penumpang selain terpaksa berhadapan dengan suasana yang amat menekan perasaan.

Selami hatinya dan fahami tanggungan Ahmad Jauhari, nilai juga air matanya yang tumpah. -- MalaysiaGazette

38 comments:

Anonymous said...

MAS patut ambil iktibar apa yg berlaku....ambilah lebih ramai yg berpengalaman dari rakyat tempatan untuk mentadbir MAS ......... x guna ambil bangsa asing jika MAS asyik rugi...fikirkanlah x akan setiap masa khazanah akan membantu MAS saja..begitu juga badan2 yg terlibat dalam mentadbir negara.....mana yg cenderung menjadi duri dalam daging haruslah dihapuskan...akibatnya akan jadilah trajedi MH370...

Anonymous said...

Apa punya komen nie. tak ada kena mengena dengan apa yang berlaku dengan MH370. Sepatutnya berilah komen yang menberi semangat untuk semua kakitangan Mas, keluarga mangsa dan am nya pada rakyat Malaysia yang tengah bersedih. Bukannya nak menyalahkan tentang rugian atau pun tentang pentadbiran MAS. Tolong la sensitif sikit kalau nak bagi komen.

Anonymous said...

YANG KOMEN MULA-MULA TU..PUKI MAK HANG...PUKI TOK HANG...ANAK HARAM PUNYA BUDAK..HANG BAGUIH SANGAT KA BABI OII...

Anonymous said...

Sakai punya komen....

Anonymous said...

Kun faya kun...dalami maksud itu..

Onna said...

Segala yang berlaku adalah dengan Kehendak dan Kuasa Allah Swt...kita ni juga makhluk ciptaanNya ... tertakluk kepada kuasa Allah juga...tiada yang lebih berkuasa dari Allah...jadi jgnlah nk disalahkan sana sini...tuding jari sana sini...berilah kata2 semangant sewaktu seluruh keluarga mangsa, MAS, rakyat Malaysia dan dunia meratapi kehilangan ini...hikmah jelas tersembunyi...jadi bagi Anon 11.22 tak payah libatkan politik dalam hal nilah...kalau semua nk libatkan politik...susah lah...

Anonymous said...

MAS mmg rugi bertingkek-tingkek...bila komen lebih nanti kata anti kerajaan la, rasis la dengki melayu la...Tgk contoh semuanya d maki..Betul kata Tun M, yg cerdik itu tidak berada dlm parti melayu

MiMiE Sagittarius said...

Sabar ye.. Untung orang yang sabar ni.. :')

shaza said...

Sedihnya....bertabahlah wahai warga MAS..kami sentiasa bersamamu....takziah buat keluarga mangsa jua rakan2 mangsa...doa kami mengiringi mereka agar sejahtera di sisi PENCIPTA....ALLAHUAKBAR...

My Imaginative Skool said...

Saya sangat respect cara beliau menangani krisis ini..sgt tenang

Anonymous said...

sapa yg komen pasai khazanah plak tu oiii... mat sentul betul lah... oghang crita pasai prasaan dan ayaq mata... yang hang crita duri dlm daging bagai ni apa kes?? mangkok hayon

Anonymous said...

ceo mas dah cuba yang terbaik,bersabar lah tuan haji ahmad jauhari moga allah memberi rahmat kepada mu atas ujian ini.

Anonymous said...

AIRLINES LAIN JATUH JUGA TAPI TAK SEHEBAT KRITIKAN PEDAS YG DITERIMA KERAJAAN MALAYSIA
BERPADA PADALAH INI DAH DI TAKDIRKAN DAN KEBETULAN PERKARA INI TERJADI SEWAKTU KEADAAN POLITIK NEGARA YG SENANTIASA BERKECAMUK,,,SELAGI SETAN BERNAMA ANUWAR , DAP DAN SEGELINTIR PAS UJUD DISINILAH KEBANGKITAN PERKARA2 YG MENJURUS KEJAHANAMAN NEGARA. IDEA KOMUNIS SUDAH TIDAK LAGI DIHUTAN TAPI SUDAH DUDUK DIPARLIMEN-KEADAAN BERTAMBAH SUKAR KEBERAN SUDAH DIKUBURKAN - MEREKA SEBENARNYA YG MEMBELOKAN FIKIRAN RAKYAT

Anonymous said...

Hhahahaha. Ni lagi satu Bodoh bebal gomblok. Suka Sgt nak politik2 kan. Apa related dgn depa woiiii. Bongooookkkkkk punye manusia. Puiiii

raa said...

nasi sudah menjadi bubur

Anonymous said...

Yg ni mesti komen budak kampung yg xlps SPM ni.....taw mncarut je pndai...pdhal otak kosong

Anonymous said...

Anda sepatutnya faham apa yg yang ditulis. Negara juga tidak perlu orang seperti and yg sempit pandangan dan juga menjadi duri pada rakyat negara ini.

Anonymous said...

Apa punya otak kosong la korang nih.bagi la komen yg meningkatkan dan menonjolkan integriti diri.bukan mencarut dan caci org sana sini.apa pulak kaitan pembangkang dalam hal ni?

Anonymous said...

Apa yg ko mengarut nie setannnn

Anonymous said...

Please la...stop all those stupid comments. .CEO & all involved have done their best..kesian jugak tengok CEO MAS tu..takziah & my condolences to all family & friends in flight MH370...

Anonymous said...

this guy is someone father, husband, uncle and son.. x rasa kesian ke kat dia?? dua minggu lebih x pernah sekali dia miss press conference, tenang ja jawab suma soklan yg wartawan tanya.. jgn komen ikut perasan ja, jgn politikkan nyawa manusia.. kalu rasa diri tu bagus sgt, cuba ganti tempat dia..

Anonymous said...

He has done his best during this difficult time. Give him some respect

Unknown said...

Betul.mami mmg betul.anon bodoh tu klu xde prasaan.baik dok diam.tgk dr jauh mmg suka menyalak

Anonymous said...

Mcm lari tajuk je komen ni.

Anonymous said...

Sesungguhnya dia sedang menempuh satu ujian yang amat getir dalam seluruh episod kehidupannya. Dia mampu melaluinya kerana itu dia diuji. Moga Allah melimpahkan seluruh kekuatan buatNya kerana Allah lebih mengenali hambaNya.

Anonymous said...

AJ is smart....once ceo of malakoff.... don't judge him hanya kerana insiden ini....

Anonymous said...

yang asyik mengutuk mas ni rugi tak nampak yg syarikat airline lain pun rugi jugak.. contoh japan airline yg rugi punya teruk sampai delisted dari pasaran saham.. jepun tu.. bukan setakat cina tongkang.. satu lagi jepun masa krisis fukushima dulu cara dia handle pc tu pun cam sial jugak.. tak nak kutuk org jepun ke?

mungkin lepas ni mas boleh lakukan penambahbaikan dalam pengurusan kewangan.. tapi selalunya bila nak buat benda ni mmg akan ada pekerja yg akan dibuang.. bila mas buat mcm tu nanti kena kutuk pulak lagi.. mmg susah bila semua benda pun nak dipolitikkan..

Anonymous said...

Aku pelik dalam keadaan genting sebegini pun masih ada suara-suara sumbang yang meminta supaya AJ meletakkan jawatan. Aku akan menjadi orang pertama yang membantah sekiranya peletakan jawatan ni benar-benar terjadi.

Tribute to AJ

http://mahamissa.blogspot.com/2014/03/jauhari-you-are-not-alone.html

Anonymous said...

Semoga dgn tragedi ni memberi pengajaran kpd kita semua. Allah dah bg peringatan, sama2 la kita ambil iktibar. Harap lepas ni dan tahun2 mendatang MAS tak tanggung kerugian lagi. Harap tahun dpn boleh kurangkan kerugian. Mungkin Allah bg amaran.. Kurangkan2 perkara yg mendatangkan dosa dlm pentadbiran sesebuah syarikat. Kalau tak boleh buat sekaligus, mulakan perlahan2 utk perbetul mana2 kesilapan. Kita manusia biasa, yg x lari dr kesilapan, tp kita ada agama yg jadi panduan bila kita tersasar dr landasan. Harap dpt dikekalkan Ahmad jauhari, mungkin dlm hati dia dah terdetik utk perbetul mana yg khilaf dlm pentadbiran MAS.. Bila seorg manusia diuji dgn ujian, tu tandanya Allah masih sayangkan kita dan beri peluang utk kita berubah dan kembali kpd jln Nya. Setiap yg terjadi pasti ada hikmah dan pengajaran.

Anonymous said...

Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan... manusia harus terima dgn redha setiap perancanganNya... ambil iktibar dr segala aspek dlm kejadian ini... kadangkala Allah memberi bencana utk mmberi peringatan kpd hambaNya... Cuma manusia kdgkala alpa...

Unknown said...

Org kita ni suka sgt mengomen... Jom baca al-quran dpt gak pahala

Unknown said...

Orang kita suka sangat mengomen. Mcm pandai Dan bijaksana belaka. Jom baca al-quran!!

Anonymous said...

yang komen pasal MAS rugi ,MAS lantik org asing bla , bla tu , aku nak tanya la. apa kelayakan kau dalam pengurusan syarikat ? kau pernah jadi BOD ?VC ?MD ? atau paling bangsat ,SM ?Kalau sekadar bercakap berpandukan bacaan dalam blog shj , hentikan .kalau dah nama BUSINESS , tetap ada untung dan rugi nya . itu lumrah. soal tragedi nak terjadi , tiada kaitan langsung dengan untung - rugi sesebuah syarikat. TRAGEDI itu maksudnya perkara yang berlaku mendadak .bukan di rancang atau di rangka terlebih dahulu kejadiannya .

Entri di atas berkisar mengenai kepayahan menjadi seorang ketua yang di panggil CEO .bila mana terjadi sesuatu musibah seperti kes MH370 , Inilah dia orang nya yang akan dipertanggung jawab kan. sepatutnya engkau anon 11.22am march 25 berkomen dan mengulas isu yang berkaitan entri sahaja , kerana itu termasuk di dalam kapasiti engkau selaku komentar.Bercakap tanpa menggunakan akal memang nampak mudah dan realistik. tetapi untuk melaksakannya , tidak semudah engkau melakukan taipan itu .

untuk mr ceo AJ , anda telah melakukan yang terbaik untuk menguruskan tragedi ini. diharap anda bersabar dan terus konsisten berdoa kpd Allah , moga di berikan ketenangan jiwa dan petunjuk untuk merungkai 10001 misteri kehilangan pesawat ini. kami rakyat malaysia yang prihatin turut bersedih dan berdukacita dengan kejadian yang menimpa syarikat kebanggaan negara kita ini. ku doakan kamu terus tabah menghadapi hari - hari yang mendatang . aminn..

(Abg bawak lori)

Anonymous said...

minum arak x sedar pesawat junam masuk laut....memang kelaut la ( msk neraka)

Anonymous said...

Memang goblok..pukimakk pun..

zahari said...

Tragedi ini adalah satu peringatan daripada Allah. Manusia hanya merancang. Sebaik mungkin kita sama-sama doakan agar Allah memberikan segala kebaikan selepas menguji kita. Bukan sahaja kepada MH370 dan MAS tetapi kepada kita semua yang mengucap dua Kalimah syahadah. Allah masih memberikan kita ujian dukan lagi hukuman seperti Dia turunkan kepada kaum-kaum terdahulu. Wallahualam.

Jane Duncan said...

Malaysia shares his grievances! This is something beyond anybody's capacity to resolve alone! There must be a silver lining shone somewhere! Don't take it upon yourself alone! Praise be to Allah.!

Jane Duncan said...

Malaysia shares his grievances! This is something beyond anybody's capacity to resolve alone! There must be a silver lining shone somewhere! Don't take it upon yourself alone! Praise be to Allah.!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...