Update! Polis tidak langgar SOP kes anggota polis maut diserang penjenayah.
KUCHING: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata tidak berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kejadian dua anggota unit peronda polis diserang dengan senjata tajam, seorang maut, di Taman Sentosa, Klang semalam.
Beliau berkata, dua anggota itu melakukan tindakan betul dengan berhenti untuk memeriksa lima individu yang kelihatan mencurigakan.
"Kalau dilihat dari sudut SOP, tidak ada pelanggaran SOP berlaku. Dua anggota tersebut cuba menahan lima individu itu kerana kelihatan mencurigakan dan kemudian membawa tiga wanita yang ditahan masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke balai polis bagi pemeriksaan lanjut.
"Pemeriksaan terhadap wanita tidak boleh dilakukan oleh anggota polis lelaki," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pengagihan Baucar BR1M 3.0 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai dan DUN Demak Laut, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong, berkata sebagai bekas pegawai polis, beliau juga tidak melihat ada kelemahan SOP dalam kejadian itu kerana dua anggota itu diserang dalam keadaan tidak disangka.
"Tindakan mereka berdua juga tepat, nampaknya individu yang cuba ditahan itu juga membawa parang dan pisau," katanya.
Semalam, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, yang cedera di kepala, maut manakala Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, cedera selepas diserang hendap sekumpulan warga asing dalam satu kejadian awal pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment