#MH370 Terkini Luahan Isteri Pramugara & Keadaan Kelam Kabut Semasa Pertemuan Bersama Waris Penumpang Didedahkan..


KUALA LUMPUR: Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

"Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik... oleh sebuah kuasa besar," tulisnya.


Naluri Hati Intan
Naluri Hati Intan
Naluri Hati Intan


Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan "masih ada" dan menyimpan harapanbahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.

Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkankeperitan Intanuntuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.

Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.

Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.

"Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,'' ujar waris berkenaan.

Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.

"Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body' pun jadilah.

"Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,'' jelasnya.

Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

"Saya tak tahan dengar dan terus balik,'' katanya.
  
Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.

Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu.-
astroawani

A.S pun dah pening dan tak tau nak kata apa lagi. Tragedi ini memang amat membingungkan rakyat Malaysia dan di seluruh dunia apatah lagi terhadap waris mangsa yang terlibat. Aku harap segala persoalan dan teka teki mengenai nasib penumpang mh370 ini dapat dirungkaikan dengan sebenar.

Aku yakin kerajaan dah cuba buat yang terbaik. Bab selindung fakta sebenar, aku pun tak berani cakap kerana tidak pasti. Moga Allah permudahkan segalanya..

2 comments:

Anonymous said...

Bergini sajalah..pasrah pada takdir dan sentiasa berdoa..kalau kita asyik menyalahkan tiada siapa yang untung..kalau belum sampai ajal balik lah dia walau seribu tahun..dan ingat sekali kita susah..ada lagi insan yang yang berkali kali lebih susah malah anak yatim yang kehilangan kedua duanya..jangan ingat kita sahaja..REDA lah..kalau betul pun ada konspirasi terancang itu sudah di takdirkan malah ada hikmah disebalik sesuatu kejadian..janganlah melawan apa yang telah tersurat dan tersirat..ingat nyawa kita ditangan yang ESA..kalau kita biasa bermewah mewah dengan harta dan kasih sayang maka bila diuji bergini jangan cuba menyalahkan orang lain pabila ditimpa kemiskinan dalam pelbagai bentuk..

Unknown said...


Admin blog, 


Saya Intan Maizura Othaman, sila buangkan/padam kan gambar dan artikel bertajuk "#MH 370 Terkini luahan Isteri Pramugara & Keadaan Kelam Kabut Semasa Pertemuan Bersama Waris Penumpang Didedahkan". kerana admin tidak mendapatkan kebenaran saya untuk memaparkan gambar dan artikel tersebut di blog anda. 


Merujuk kepada Undang-Undang Malaysia (Act 709 - Personal Data Protection Act 2010) pihak saya boleh mengeluarkan saman kepada pihak admin jika gagal melaksana kan seperti yang di atas. Sila padamkan dengan kadar segera. Tindakan undang undang akan diambil serta merta sekiranya anda gagal berbuat sedemikian. 


Sekian Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...