Kecoh Di Pemilihan PKR Cabang Balik Pulau! Insiden Bertinju Hampir Berlaku!!



Berlaku pagi tadi proses pengundian sayap, cabang dan pusat PKR di Balik Pulau, P.Pinang.

  Proses pengundian telah berlangsung dan terbuka kepada semua ahli berdasarkan nombor keahlian di ranting masing-masing. Keadaan pada awalnya kelihatan tenang.

   Namun suasana mula panas bila perbuatan kempen/'mencuri pengundi' di bilik mengundi telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penyokong calon-calon lawan.

 Tindakan seorang calon memasuki kawasan pengundian menyebabkan berlaku satu pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk dengan seorang penyokong Mohd Tuah Ismail yang berbangsa Cina.

 Bagaimanapun keadaan kecoh itu kembali pulih selepas campur tangan petugas PKR. Imej PKR sebagai parti yang kelam kabut dan huru hara memang sinonim sekali. Ada saja insiden yang tak enak akan berlaku setiap kali dalam musim pemilihan parti sampah ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...