Apa ke halnya sampai 3 hari Kak Mah tak bertegur dengan Abang Jib??


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendedahkan beliau tidak bercakap dengan suaminya, Datuk Seri Najib Razak selama tiga hari sejak kejadian nahas udara MH17.

Namun beliau berkata, hubungan dingin itu bukan disebabkan mereka berselisih faham.

Tetapi jelasnya kerana sikap Perdana Menteri yang tidak mahu diganggu dalam mengendalikan insiden itu.

"Tiga hari saya tidak bercakap dengan suami sejak kejadian MH17.

"Beliau lalu tepi saya pun beliau tidak tegur saya. Tapi tak mengapa, saya faham jadi pemimpin negara ini bukan senang.

"Ramai yang cakap dengan saya, Tuhan tidak akan uji seseorang itu jika dia tidak mampu menggalasnya.

"Saya cakap ini bukan kerana saya isteri Perdana tetapi naluri sebagai seorang wanita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Pertahanan di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Hussein Onn.

Berkongsi pengalaman pertama kali mendengar berita tentang kejadian MH17, Rosmah memberitahu beliau tidak percaya pada mulanya.

"Takkan Malaysia Airlines lagi. Tapi bila saya ikuti berita terkini, memang sahih.

"Memang sangat tragik kerana mengorbankan ramai orang yang tersayang.

"Lebih memilukan apabila melawat ahli keluarga mangsa baru-baru ini. Ada mangsa yang 30 tahun tidak balik dan ada anak berusia 10 tahun yang berharap sangat agar jenazah ibunya dapat dibawa pulang ke tanah air," katanya. -- MalaysiaGazette

6 comments:

Anonymous said...

PENGUMUMAN,

oleh kerana kekeliruan yg telah timbul mengenai perkataan MACAI, yg merujuk kpd pyokong UMNO dan penganut fahaman kultus PKR, maka
selaku Ketua 'bekas banduan' Umum (bakal banduan lg) telah mengisytiharkan kultus parti mata dajjal a.k.a parti mata illuminati akan mengunakan nama baru bg merujuk kpd penganut2 fahaman kultus ini dgn perkataan yg lebih lunak dan merdu bile disebut dan didengari...

BERBANGGALAH penganut fahaman kultus mata dajjal sekelian... anda akn dikenali sbagai...

JUBORIANS..!
Go JUBORIANS...Go..!

Datu Nuar Berahi-m Kiram

Anonymous said...

Menyampah aku dengan wayang Rosmah-Najib ni. Inilah tahap mentaliti UMNO. Benda yang tak de faedah pun disiarkan. Inilah akibatnya bila makan kangkung dan Ayam RM 1.

Prof John said...

keep praying for mh17, mh380, and gaza.. stop arguing guys..

Anonymous said...

Dah sebulan isteri dengan saya tak bertegur.

Agaknya pasai apa dah?

Anonymous said...

itu pasal naik jet peribadi

Anonymous said...

hebatnya.....
tiga hari mengalahkan macam 3 tahun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...