Apakah rahsia kekuatan al Qassam??


Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa kemenangan sebenar dalam peperangan kali ini di antara tentera penjajah IDF dengan Briged al Qassam adalah lebih menyebelahi kepada al Qassam.

Kejutan demi kejutan yang dilakukan mereka sehingga pihak musuh tergamam dan teragak-agak untuk membuat serangan darat.ke atas Gaza.

Benjamin Netanyahu masih enggan mengumumkan jumlah sebenar anggota dan pegawai tenteranya yang terbunuh dan yang terkorban. Namum beliau mengakui bahawa mereka paling terkesan teruk dalam peperangan kali ini dan telah kehilangan ramai anggota IDF dan pegawainya.

Apakah rahsia kekuatan dan kehebatan al Qassam.sehingga meraih banyak kejayaan ketenteraan kali ini?

Apakah rahsianya sehingga anggota yang hanya berlatih di Gaza ini mampu menggerunkan setiap anggota IDF yang dibekalkan dengan peralatan ketenteraan yang lengkap dan canggih?

Apakah rahsianya sehingga anggota komando al Qassam boleh bersembunyi di dalam terowong selama 10 hari berpuasa melainkan dengan bekalan air dan tamar sehingga berjaya melakukan serang hendap, membunuh anggota IDF selain daripada merampas senjata mereka?

Apakah rahsianya sehingga mereka berjaya memulangkan kembali puluhan (menurut IDF 50+) atau ratusan (menurut al Qassam) mayat yang parah dan kaku ke wilayah terjajah 'Israel'? Sedangkan seranhan IDF hanya mengorban kanak-kanak, wanita dan orang awam yang hanya berselindung di rumah atau di dalam masjid atau di dalam bangunan sekolah mereka.

Saya pasti bahawa anda telah memiliki jawapannya.....

Baca lagi :

http://zainurrashid.com/?p=1896

3 comments:

SentiasaPanas said...

Semoga Allah memberikan kemenangan yang gilang gemilang kepada syuhada Palestin dan seluruh umat Islam..

Anonymous said...

Bersama kita doakan kesejahteraan dan kemenangan umat Islam seluruh dunia.

Anonymous said...

Depa dh blok facebook zainrrashid. Tak sempat baca.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...