Botanical Garden Penang Semakin Hampeh Di Bawah Pengurusan kerajaan DAPig..

Ni dia rupa taman buluh nak habaq mai kat hangpa!
Taman botani tidak diurus dengan baik, kerajaan negeri tidak layak minta kerajaan pusat menurunkan kuasa pengurusan Taman Negara Pulau Pinang.

Pemuda BN Pulau Pinang mengutuk kerajaan negeri tidak menjalankan kerja-kerja pengurusan taman botani dengan baik, menyebabkan kemudahan-kemudahan di sana rosak dan tidak dalam keadaan yang tidak terurus.

Ketua pemuda BN Pulau Pinang H’ng Chee Wey berkata, taman botani ditubuhkan pada tahun 1884, ia amat bersejarah, di sana terdapat banyak spesis tumbuhan, ia telah menarik banyak pelancong dari luar dan dalam negeri melawat ke sana.

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Micheal Lee berkata, sebagai langkah bagi meningkatkan daya tarikan ke Taman Botani, bekas menteri pelancongan Tan Seri Ng Yen Yen telah memberikan peruntukan dari kerajaan pusat sebanyak RM7 juta untuk membina kolam lili, namun ada berita pada tahun 2011 dan tahun 2012 melaporkan bunga lili layu, tapi semasa saya melawat ke sana kebelakangan ini, dah nampak bunga lili yang cantik.

H’ng Chee Wey bersama ahli pemuda BN Pulau Pinang mengunjung taman botani pada hari Selasa. dia berkata, ketika berjalan di sekeliling taman, dia boleh nampak beberapa masalah yang sepatutnya tidak berlaku jika taman ini diurus dengan baik. Ia pemandangan yang menyakitkan mata.

Mangkuk-mangkuk tandas terpakai dibiarkan sahaja di laluan pejalan kaki, guna card board untuk papan tanda sementara bagi tandas awam, pagar rosak yang tidak dibaiki dan sebagainya.

“saya rasa amat hairan dan tidak faham mengapa keadaan taman botani menjadi begitu teruk. Bukankah ia 100% diurus oleh kerajaan CAT, sepatutnya ia diurus dengan baik, tapi kini yang sebaliknya berlaku.”

“semasa isu pesta sukan bogel, Lim Guan Eng mengatakan Taman Negara Pulau Pinang adalah dibawah kuasa kerajaan pusat dan beliau tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di sana. Sekiranya kerajaan pusat menurunkan kuasa kepada kerajaan negeri, kerajaan negeri pasti akan mengurusnya dengan lebih baik dan cekap.”

“jika taman botani pun tidak dapat diurus dengan baik, adakah kerajaan negeri mampu mengurus Taman Negara Pulau Pinang dengan lebih baik berbanding pengurusan sekarang? Adakah Taman Negara Pulau Pinang masih boleh kekal menjadi salah satu taman negara yang terbaik di Asia?”

Dia berkata, taman botani disenaraikan oleh kerajaan Negeri sebagai salah satu tempat pelancongan di Pulau Pinang. mengikut berita dari suratkhabar Sin Chew pada 12 Nov. tahun 2010, Exco pelancongan Pulau Pinang Danny Law mengatakan, setiap bulan terdapat 100 000 orang melawat taman botani, kalau ikut angka yang diberi oleh Danny Law, kini sudah melebihi 5 juta orang pelawat sudah melawat taman botani.

Dia berkata, keadaan taman botani kini amat menyedihkan dan memalukan, ia telah memberi imej yang buruk kepada pelancong.
“Saya berpendapat, kerajaan negeri perlu memberi lebih perhatian dalam pengurusan Taman Botani. Peruntukan yang disediakan untuk menaik taraf Taman Botani oleh kerajaan Persekutan adalah menggunakan wang rakyat. Jelas sekali apa yang berlaku di Taman Botani di bawah pengurusan kerajaan negeri adalah membazirkan duit rakyat.”

Dia berharap pihak Kerajaan Negeri perlu memastikan pengurusan taman botani dan jawatankuasa pelancongan negeri lebih bertanggungjawab mengurus, memantau dan memastikan keadaan taman botani dalam sentiasa dalam keadaan yang baik, kerana jika Taman Botani terus dibirakan dalam keadaan tidak terusus ia akan memberi kesan domino terhadap bidang pelancongan dan pembangunan ekonomi negeri.


Di bawah adalah 4 masalah yang perlu kerajaan negeri atau pihak berkenaan membaik pulih dengan segera:
1)tandas awam : mangkuk tandas letak berselerak di salah satu tempat dalam taman botani, ia menyakitkan mata.
:mengguna card board sebagai papan tanda sementara bagi tandas awam.

2) rumah kaktus :kaktus yang tanam di sana tak banyak, tambahan lagi kaktus-kaktus itu macam kekurangan nutrisi.
: terdapat timbunan pasir di belakang rumah kaktus, ia juga akan mempengaruhi imej taman botani.

3) kolam lili/ dataran teratai: hanya terdapat beberapa bunga teratai di sana.

4)bambusetum : hanya terdapat beberapa buluh di dalam, macam mana ia digelar sebagai bambusetum.

4 comments:

Anonymous said...

Org penang patut boikot sambutan hari merdeka esok..

Unknown said...

Di malaysia...hanya taman botani pulau pinang sahaja tidak di kenakan bayaran masuk...parking percuma..beriadah dalam taman percuma...tandas percuma...apa lg nak....pergilah taman botani lain...kene bayar bro...

Unknown said...

Untuk makluman...diantara taman botani di malaysia...HANYA taman botani pulau pinang sahaja tidak dikenakan bayaran masuk...PERCUMA...nak berjoging dan mengambil udara yg segar dan keindahan taman...PERCUMA...tandas di formal garden...PERCUMA...

Unknown said...

Untuk makluman...diantara taman botani di malaysia...HANYA taman botani pulau pinang sahaja tidak dikenakan bayaran masuk...PERCUMA...nak berjoging dan mengambil udara yg segar dan keindahan taman...PERCUMA...tandas di formal garden...PERCUMA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...